Assalamualaikum semua...
Kali ni filem yang baru mama tonton adalah filem "Papa I Love You"..."orang dah lama tengok filem tu mama baru je nak tonton dah basi dah pun filem tu mama"....tak apa lah janji dapat tengok nak pi panggung hubby tak minat jadi tonton kat rumah jer la...kisah kasih sayang seorang bapa pada anaknya...jom kita tengok bagaimana sinopsis cerita ini....
Best jugalah jalan cerita ni mengisahkan Baha seorang bapa tunggal yang baru kematian isterinya dan mempunyai seorang anak tunggal Mia.. Mia seorang anak yang bijak dan comel ketika arwah isterinya masih hidup segala perbelanjaan rumah ditanggung oleh isterinya.
Semuanya bermula ketika mereka masih di alam perkahwinan lagi beliau tidak boleh menampung perbelanjaan kehidupan keluarganya di mana beliau juga kurang mempunyai keyakinan diri sentiasa berhadapan dengan dugaan dan masalah..
Walaupun begitu kegembiraan anaknya menjadi tanggungjawabnya yang pertama.Mula-mula kereta Baha ditarik,rumah sewa tidak mampu dibayar dan membawa mereka tidur di dalam kemah di tapak permainan.Suatu malam polis membuat lawatan mengejut kerana mereka mendapat aduan ada orang yang tinggal di kawasan taman di situ.
Bermula dari situ mereka bertemu dengan sebuah rumah milik Elly dan menumpang di kawasan hadapan rumah tersebut.Elly adalah seorang wanita yang tegas walaupun penampilannya seperti seorang wanita yang lemah lembut.Elly juga menghadapi konflik dengan bapanya Datuk Kudin walaupun Datuk Kudin cuba untuk berbaik-baik dengan Elly tapi tidak diendahkan.
Datuk Kudin mengambil kesempatan menggunakan Baha dan Mia untuk memulihkan hubungan mereka dan dalam usaha untuk memulihkan hubungan itu Baha menghadapi pelbagai-bagai halangan dan cabaran juga tapi pengetahuan Elly.Akhirnya Elly mendapat tahu akan kebenarannya bahawa bapanya cuba berbaik-baik dengannya melalui Baha.
Setelah Elly mendapat tahu kisah sebenarnya barulah Elly faham bagaimana sayangnya Baha pada anaknya walaupun diberikan wang yang banyak oleh Datuk Kudin tapi Baha tidak mahu dipergunakan lagi oleh Datuk Baha dan telah memulangkan wang itu semula.
Akhirnya Elly dapat menerima Baha kembali dan dapat juga menerima kembali Datuk Kudin di dalam hidupnya semula.Itulah ertinya pengorbanan seorang ayah pada anaknya sanggup melakukan segala-galanya demi anaknya.
pelakonnya terdiri dari Lisa Surihani (Elly),Zalif Sidek (Baha),Mia Sara Nasuha (Mia),Zaidi Omar (Datuk Kudin),
8 Comments
Salam mama ,
ReplyDeletesy dah tgk dah .. tp jalan citer dia tak urmmm lah . sib baik ada mia .. terubat skit kecewa hati nih =)
errah pon xtgk lagi mama
ReplyDelete@fizafantagirO
ReplyDeletebetul tu mia yg buat jadi menarik kan...:)
@Errah
ReplyDeleteoh yer ke...:)
mesti best cerita nie...part paling lucu setakat nie Kancil tengok bila Baha menjerit anaknya kena culik...hehehe
ReplyDelete@Kancil 8349
ReplyDeletebetul tu bestkan kelakar ...:)
dah donlot tapi belum ade mase nak tengok. ;)
ReplyDelete@9n0L4
ReplyDeletebest tau...:)
Post a Comment