SALAM 1 MALAYSIA  


Assalamualaikum semua...
Hari ni mama nak cerita tentang satu filem hindi yang best untuk ditonton seisi keluarga...mama
baru saja menonton filem ini dan ianya memang sangat-sangat menarik sekali filemnya...para pelakonnya pun terdiri dari pelakon-pelakon popular hindustan antaranya Shah Rukh Khan (hero) Kareena Kapor (heroin)...

Sinopsinya : Dalam filem ini Shah Rukh Khan memegang 2 watak ! satu watak sebagai Shekar dan satu lagi watak sebagai robot pemainan video games iaitu G-One ! pelakon Arjun Rampal pula memegang watak sebagai Ra-One robot jahat dalam permainan video games....filem ini mengisahkan seorang ayah yang genius walaupun mempunyai perwatakkan yang selamba dan seorang suami yang baik...

Shekar mempunyai seorang anak lelaki yang cerdik dan anaknya menginginkan dia menjadi seorang ayah yang kuat dan gagah ! akhirnya Shekar telah mencipta satu permainan video games untuk anaknya yang mana watak jahat dalam permainan video games itu akan menguasai permainan dan permainan video games itu telah berjaya dihasilkan tetapi telah terjadi kejadian yang tidak diingini...

sebelum percubaan permainan video games itu dilancarkan anak Shaker telah mencuba permainan video games itu dengan menggunakan nama Lucifer berlawan dengan Ra-One
dan dalam permainan itu Lucifer berjaya mengalahkan Ra-One itu membuatkan Ra-One marah sebab dikalahkan oleh Lucifer... makmal tempat percubaan video games itu musnah dan Ra-One telah menjadi orang yang sebenarnya di alam nyata untuk mencari Lucifer ...

Ra-One menjelma di alam nyata dia mula mengganas dan akhirnya Shekar meninggal dunia  akibat perbuatan Ra-One...anak Shekar akhirnya berjaya mengetahui sebab kematian bapanya dan bermulalah babak-babak yang mencemaskan berlaku... 

banyak aksi-aksi yang menyeronokkan berlaku dan terdapat juga aksi-aksi stunt,designer grafiknya yang menarik terdapat di dalam filem ini dan membuatkan filem ini lebih menarik lagi untuk di tonton...

Pada sesiapa yang ingin mengetahui kesudahan filem ini bolehlah menontonnya atau dowload je filem tu di www.syok.org..pasti seisi keluarga terhibur dengan filem yang mampu menyeronokkan kita dan anak-anak kita semua...

watak baik dalam permainan video games "G-ONE"

Watak jahat dalam permainan video games "RA-ONE"