SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...

1-Elak lalat berterbangan di dapur
Runsing dengan kehadiran lalat di dapur.Atasinya dengan mengambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air.Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda.InsyaAllah lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur.
2-Cara mudah kupas bawang putih
Untuk mengupas bawang putih,panaskan di dalam ketuhar pembakar selama beberapa saat.Bukan sahaja mudah ia juga dapat menjimatkan masa anda.


3-Kurangkan kemasinan ikan kering.
Bagi penggemar ikan kering ada cara untuk mengurangkan kemasinannya.Anda boleh merendamkannya ke dalam air basuhan beras untuk beberapa ketika.Cuci dengan air bersih sebelum dimasak.

4-Mengharumkan dapur.
Kebiasaannya bahagian dapur mempunyai bau yang kurang menyenangkan terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini rebus beberapa keping kulit kayu manis ,bunga cengkih dan cuka.Kemudian semburkan atau lapkan air rebusan itu sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan.