SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Setelah kita ketahui 7 cara yang mati syahid tadi kali ini kita ketahui pula 7 ganjaran bagi orang-orang yang mati syahid.
Daripada Ubadah Bin Shomit katanya bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : Di sisi Allah , orang yang mati syahid itu akan mendapat 7 ganjaran iaitu :

1- Mendapat keampunan pada permulaan darahnya memancar keluar
2- Melihat tempat duduknya di syurga
3- Dihiasi dengan hiasan iman
4- Dikawinkan dengan bidadari syurga
5- Dilindungi dari seksa kubur
6- Diamankan daripada kedahsyatan hari qiamat
7- Dipakaikan mahkota kehormat diatas kepalanya dimana satu mutiara daripadanya adalah
    lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta diizinkan pula memberi syafaat kepada
    70 orang dari kalangan ahli keluarganya.

Dikeluarkan oleh Imam Ahmad ,Al-Bazzar dan At-Tobarani