SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Marilah kita bersama-sama berkongsi info yang menarik ini yer...pada bakal ibu-ibu diharap menjaga kehamilan mereka dengan lebih sempurna pada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang proses kehamilan,tentang fakta yang menarik tentang bayi, dan macam lagi info tentang kehamilan juga baby pergi like jer ke facebook LifeFit.my....

di bawah ini terdapat 10 fakta yang menarik tentang kelahiran bayi jom kita baca yer...

1-Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka.Kebanyakkannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2-Sehingga bersalin,rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3-Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4-80% wanita mengalami sindrom "Baby Blues"semasa 2 minggu terawal selepas bersalain disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5-Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula.Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6-Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del.Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7-Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin,tercatatlah pahala jihad baginya.

8-Apabila seorang ibu melahirkan anak,terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9-Ibu bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10-Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Begitulah besarnya pengorbanan bagi setiap ibu-ibu yang mengandung dan melahirkan anak ke dunia ini dan ibu jugalah yang akan membesarkan,menyusukan dan segala-galanya dilakukan dengan penuh kasih sayang terhadap anak-anaknya.Kasih sayang seorang ibu pada anak-anaknya tidak akan berbelah-bagi dan mereka akan mendidik mereka dengan penuh kasih dan sayang.


p/s sayangilah ibu kamu selama-lamanya...