SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Komunikasi adalah salah satu aspek terpenting yang perlu kita fahami di alam rumahtangga ini.  Hendaklah kita amalkan selalu dan bijak mengawal situasi itu akan lebih menjamin kebahagiaan rumah tangga kita.Ada beberapa teknik yang amat penting yang perlu kita amalkan selalu dalam komunikasi suami isteri itu adalah seperti di bawah ini...

1- Niat yang ikhlas antara suami dan isteri
2- Memahami suasana semasa kita
3- Mesra,ceria dan senyum itu satu yang baik
4- Bersemuka jika ada masalah
5- Beri perhatian dan selalulah menghargai pasangan anda
6- Gunakanlah bahasa yang mudah difahami
7- Gerak gaya yang lemah lembut
8- Tidak menyakiti hati pasangan kita
9- Boleh menarik perhatian suami / isteri
10-Bersikap peramah selalu
11-Cara pelakuan yang berhikmah
12-Tegur dan bagi nasihat yang baik
13-Sentiasalah beradap sopan

Dari semuanya di atas jika kita dapat melakukannya dengan baik dan sempurna tentu kerukunan rumah tangga setiap pasangan pasti akan menjadi aman dan damai sentiasa.
Marilah kita cuba untuk melakukan 13 perkara di atas dengan cara yang lebih sempurna dan sesungguhnya itulah jaminan kerukunan rumahtangga kita.Pada yang masih bujang boleh juga
mengamalkan teknik ini supaya mereka akan tetap mengingatinya selalu bila sudah berumahtangga nanti.

sumber fb "Saya Cinta Suami Saya": Takluk Hati Pasangan