SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum kengkawan mama...
Hari ni mama nak review filem 'Ombak Rindu' plak...mama baru jer selesai menonton filem ni
petang tadi bersama-sama family ingatkan nak menontonnya tempohari tapi tak berkesempatan jadi hari cuti-cuti ni layan jer la filem 'Ombak Rindu' ni kan...


Cerita ini berdasarkan adaptasi dari novel 'Ombak Rindu' yang ditulis oleh Fauziah Ashari.Novel ni dahulunya mendapat sambutan hangat dipasaran dan oleh sebab itu ia telah di filemkan.Bila novel ni diterbitkan dan mama telah membacanya pun mama dah lupa pada tahun
bila dan mama hanya dapat mengingati jalan cerita dari novel ini sahaja.


Mari kita ke sinopsis ceritanya Izzah seorang gadis kampung yang telah kematian kedua2
orang ibubapanya dalam kemalangan jalan raya dan pakciknya Taha telah mengambil tugas
menjaga Izzah.Pakcik Taha seorang yang banyak berhutang dan disebabkan kesempitan
wang pakciknya telah menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam untuk dijadikan 
pelacur.


Di situlah bermulanya pertemuan Izzah dengan Hariz dan Izzah memohon supaya Hariz menolongnya keluar dari kelab malam itu.Hariz sanggup membeli Izzah dua kali ganda dari tauke kelab malam itu dan membawa Izzah keluar dari kelab malam itu.Atas permintaan Izzah
akhirnya Hariz menikahinya dan dengan syarat pernikahan mereka dirahsiakan.


Akhirnya Hariz mulai mencintai isterinya Izzah dan kehadiran Mila Amylia pelakon terkenal
mula menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz.Apakah yang akan terjadi seterusnyakan pada
yang dah baca novelnya pasti dah tahu bagaimana akhirnya cerita ni tapi yang belum membaca novelnya bacalah dulu kemudian bandingkan yang mana lebih best antara novel atau filem....


Kalau mamakan mama akan memilih novelnya sebab membaca dari novelnya lebih sikit feelnya dari yang di filemkan...sebenarnya ada part2 di dalam novel tu tidak pun ada di dalam filemnya itu yang membuat mama terasa kurang feelnya...tapi tak tahulah mama pada yang seronok bila menonton filem ni...apa-apa pun syabas buat semua krew dan pelakon2 filem
'Ombak Rindu" ini...