SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum dan selamat pagi...
Sebelum kita memulakan sesuatu tugas sarapan adalah makanan yang paling penting untuk kita  semua.Pada sesiapa yang belum bersarapan di pagi ini hendaklah bersarapan dahulu yer agar kerja yang akan kita lakukan pada hari ini lebih bersemangat lagi.

Di sini mama senaraikan 4 panduan penting untuk sarapan pagi kita:


1- Jangan Dilewatkan
Sarapan akan membantu menguatkan metabolisme tubuh yang sebelumnya lambat kerana
aktiviti tidur.Sarapan juga seboleh2nya jangan dilewatkan supaya tubuh lebih bertenaga otak
lebih cergas dan buat badan terkawal.Menghindari dari menghidapi gastrik.


2- Jangan Ditundakan
Waktu terbaik untuksarapan ialah sejam setelah bangun daripada tidur.Jadi janganlah menundakannya kecuali anda mahu berolahraga pagi.Jika begitu sarapanlah dengan sarapan berprotein dan berkabohidrat.


3- Ingat Serat Dan Protein
Mengambil serat dan protein untuk sarapan akan membuat anda lenyap dengan lebih lama.Jadi
daripada anda mengunyah gula2 yang boleh membuat tubuh merasa lemah dan cepat lapar.
Makanlah makanan berserat dan berprotein.


4- Jauhi Kafein Keterlaluan
Secawan kopi setiap pagi diakui memiliki banyak manfaat seperti mengurangi risiko penyakit dan meningkatkan konsentrasi.Namun elakkan daripada minum secara berlebihan cukup hanya
1-2 cawan saja.Terlalu banyak kafein boleh menyebabkan rasa cemas dan tekanan darah tinggi.Cubalah gantikan kopi untuk minuman dengan teh hijau.






p/s sedih sebab hubby outstation selama 3 hari...