SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....
Orang yang jenisnya begini percakapannya memang langsung tidak boleh di guna pakai langsung ! semuanya yang keluar dari mulut dia memang tidak boleh dipercayai ! Ada juga jenis orang yang begini depan kita bukan main manis lagi segala apa yang dituturkan itu ! itulah kata orang "lidah itu tidak bertulang"....boleh bertutur apa saja yang mereka suka...

Kita sebagai mangsanya merasa amat-amat kecewa atas sikap mereka yang berperangai seperti ini...kalau depan orang yang dikutuk tu seumpama "pijak semut pun tak mati" dengan mukanya yang selamba mengata orang lain...kalaulah perkara sebegini terjadi pada kawan atau adik-beradik kita sendiri apakah akan kita lakukan...seelok2nya hindarilah merekakan tapi
kalau adik-beradik yang mempunyai sikap begini lagilah susah juga untuk kita menanganinya... 

Kalau cerita yang disampaikan itu sebenar-benarnya betul tak apa tapi sebaliknya cerita yang saja direka-reka untuk menyakitkan hati orang lain...manusia jenis yang bermuka-muka ini sepatutnya diletakkan muka mereka dengan topeng yang menyerupai syaitan agar semua orang akan takut akan apa percakapan dan pertuturan mereka itu....

Lagak seperti seorang yang waras dalam percakapan tapi sebenarnya seperti pengecut "baling batu sembunyi tangan"...rasanya baik campakkan manusia yang begini dalam kandang
harimau biar dia jadi bahan santapan harian dari dia melakukan perkara-perkara yang tidak berguna dan tidak berfaedah ! tapi yang peliknya manusia yang mendengar percakapan dan pertuturannya boleh jadi terikut-ikut akan apa yang dicakapkannya itu walaupun mereka dah tahu perangai sebenarnya...

Betullah apa yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri kita dulu Tun Dr.Mahathir "melayu ni sebenarnya mudah lupa"...Walau dah tahu perangainya yang sebenar mereka tapi masih boleh mempercayai bulat-bulat apa yang dikatakannya itu...

Manusia ! manusia ! kenapalah begini sikap kau dan kau masih ada di bumi Allah ini...apakah yang seronoknya menjaja cerita orang begitu ! sedarlah diri tu bahawa engkau tak akan selama-lamanya di bumi Allah ini ! ada masanya kau akan dapat balasannya sekarang ini balasan akibat perbuatan yang tak baik Allah akan bayar cash je di dunia ini...SubhanaAllah....



p/s jadilah manusia yang manusia lain suka...