SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum dan selamat hari minggu semua...
Pagi-pagi begini pasti semuanya sedang bersarapan pagi dan ada juga yang baru balik dari berjogging dan disini mama nak memberikan sedikit info buat semua mengenai khasiat buah pala...ada setengah orang kurang menyukai buah pala ini tapi sebenarnya terdapat banyak
khasiatnya..

Isinya yang rangup dan rasanya pun enak sekali.Buah pala bukan sahaja popular dan dijual dalam bentuk jeruk dan manisan tetapi serbuk dari buah pala enak dijadikan sebagai penyedap roti atau kuih,sos,sayuran dan minum penyegar.

Selain tu minyaknya juga banyak digunakan sebagai campuran minyak wangi ataupun sabun 
dan harumannya agak kuat.Okay jom kita tengok apa khasiat buah pala ni...

1-Sembuhkan luka kecil
Campurkan sedikit susu dengan serbuk buah pala sehingga seperti pes letakkan adunan tadi pada luka.Kesannya kita akan terasa seperti digigit semut tetapi buah pala ternyata berkesan 
mengurangi kemerahan dan bengkak pada luka itu.

2-Kurangkan sakit perut
Taburkan sedikit serbuk buah pala diatas bijirin oat untuk membantu kita melancarkan sistem pencernaan kita yang terganggu.

3-Tidur lebih nyenyak
Minum segelas susu dengan taburan pala di atasnya ia boleh jadi minuman yang sangat enak dan kita akan dapat tidur yang lena.

4-Kurangi sakit gigi
Tempelkan kapas yang telah dicelup minyak pala pada gusi itu akan dapat mengurangkan 
rasa sakit pada gigi kita.InsyaAllah kesakitan gigi itu akan berkurangan.

5-Perbaiki emosi
Di dalam kajian kecil yang dilakukan oleh terapi seks mendapati bahawa buah pala juga mampu memberikan mood yang baik kepada seseorang disamping membangkitkan rasa
ghairah...Semoga segala info ini dapat kita gunakan bila kita mengalami masalah-masalah di
atas ni InsyaAllah.


p/s apakah menu masakan yang sedap hari ini ?