Monday, January 16, 2012

Lawak 1 # Ada....Tak Ada Akhirnya Terkena Balik...

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....
Ada seorang guru tadika yang tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan.Dia pun mendapat satu akal...

Guru Tadika: Anak-anak,nampak tak pen ni?
Anak-anak: Nampak cikgu !
Guru Tadika : Pen ada kan?
Anak-anak: Ada cikgu.

Kemudian cikgu tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poketnya kemudian bertanya lagi.

Guru Tadika: Anak-anak,nampak tak pen ?
Anak-anak: Tak nampak, cikgu.
Guru Tadika:Pen ada tak?
Anak-anak: Tak ada cikgu.
Guru Tadika: Anak-anak nampak tuhan tak?
Anak-anak: Tak nampak cikgu.
Guru Tadika: Tuhan ada tak?
Anak-anak: Tak ada cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak menolak kepercayaan adanya tuhan pada budak-budak tu berjaya.Tetapi antara budak-budak tu, ada seorang yang pintar dan 
cerdik dan dia minta kebenaran guru tu untuk berkata sesuatu.

Budak A: Cikgu boleh saya cakap sesuatu?
Guru Tadika: Boleh, mari ke depan.
Budak A: Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Anak-anak: Nampak.
Budak A : Cikgu ada kan?
Anak-anak: Ada.
Budak A: Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Anak-anak:Tak nampak.
Budak A: Cikgu ada otak tak?
Anak-anak: Tak ada.

Dari cerita tadi tu kita sepatutnya sebagai seorang guru haruslah mengajar perkara-perkara
yang baik berikan pengetahuan yang elok pada kanak-kanak tu tapi kalau niat kita dah tak betul
dan terpesong apa yang hendak dilakukan tidak akan diizinkan oleh Allah...nak mengajar perkara yang tak elok pada kanak-kanak tapi akhirnya awak sendiri yang terkena balik.



p/s ingat-ingatlah Allah sentiasa mengetahui niat kamu....

24 comments:

  1. haha,, padan muke cikgu,, bahaye btol klo ade cikgu cam gituh..

    ReplyDelete
  2. kan dah terkena sendiri... hehehe kesiannn

    ReplyDelete
  3. hehehe..kalau cikgu tu tak terasa lagi
    x taw lah..
    suke jek mengajo yg bukan2 kat budak2 kan..
    ish2..hehehehe

    ReplyDelete
  4. jangan sangka cikgu je yg boleh mengajar pelajarnya...hehe

    apapun nice entri mama...suka dengan pengajaran yg disampaikan :)

    ReplyDelete
  5. hahaha...sebagai guru kena berhati2 memberi pengajaran...kekadang murid2 yang terlebih pintar boleh membuat kita malu sendiri...hehehe

    ReplyDelete
  6. @akuamir

    betul tu bahaya ajar budak yg bukan2...:)

    ReplyDelete
  7. @Dylla Abas

    padanngan muka cikgu tu ...mekacih yer...:)

    ReplyDelete
  8. @Kancil 8349

    betul la tu kancil kena b'hati2 ngan anak2 murid yg pintar mcm ni...:)

    ReplyDelete
  9. @mas saari

    tahu x pe padan ngan cikgu tu kan...:)

    ReplyDelete
  10. hehehe.. nice entry mama~..
    cikgu tak ada otak sebab cikgu kata cikgu tak ada ALLAH..=D

    ReplyDelete
  11. ish3.cikgu tupon.ajar benda bukan2.hmmmm..padan ngan muka kena balik

    ReplyDelete
  12. @Cik Sara

    mekacih sara...ntah la apa jenis cikgu mcm tu...:)

    ReplyDelete
  13. kecian kat cikgu tu.....
    kena kat btg hidung sendiri....

    ReplyDelete
  14. hihihi...alahai cikgu dah terkena batang hidung sendiri..lain kali mgajar bebaik yek , budak2 zaman sekarang nie ramai yang pintar...(^_^)

    ReplyDelete
  15. @kis

    betul tu budak2 skg mmg pandai2...:)

    ReplyDelete