SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua..
Marilah kita selidik apa yang perlu ada dalam diri seorang lelaki itu dan kita kongsikan bersama-sama info ini...info ini menarik hati mama dan mama mohon share untuk tatapan dan ingatan kengkawan semua pada hari Jumaat ini...sumbernya klik sini...
Di akhirat nanti ada empat golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.

 

1-Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat ,mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat tidak cukup dengan hanya memberikan kemewahaan di dunia maka ianya akan ditarik ke dalam neraka
oleh anaknya.

"Wahai lelaki yang bergelar ayah, bagaimana dengan anak perempuanmu sekarang?Adakah
kau menjaga mengajarnya bersolat dan menutup aurat?Bagaimana pula dengan pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya maka bersedialah untuk jadi bahan bakar neraka
jahanam "

2-Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya bergaul bebas di pejabat 
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram .Apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

"Wahai lelaki yang bergelar suami bagaimanakah isteri tercintamu sekarang?Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya?Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syariat maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana."

3-Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pada abang2nya
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong
dari ajaran Islam tunggulah tarikan adiknya diakhirat kelak.

"Wahai lelaki yang mempunyai adik perempuan jangan hanya menjaga amalmu dan jangan ingat
kau akan terlepas kau juga akan dipertanggungjawab di akhirat kelak.Jika kau membiarkan adikmu
bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat kamu juga akan masuk neraka kelak"

4-Anak-anak lelakinya
Apabila anak tidak menasihatkan seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam .Bila
ibu membuat kemungkaran mengumpat ,memfitnah dan sebagainya maka anak itu akan disoal 
dan dipertanggungjawabkan diakhirat nanti dan nantikantarikan tangan ibu ke neraka.

"Wahai anak-anak lelaki sayangilah ibukamu ,nasihatkanlah dia jika tersalah dan terlupa
kerana ibu juga insan biasa tidak terlepas dari melakukan dosa selamatkanlah dia dari menjadi
'kayu api' neraka.Jika tidak kau juga akan ditarik menjadi penemannya."

Firman Allah SWT "Hai anak Adam,peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana
bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."

p/s ingatan buat semua