SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum kengkawan mama...
Hai semua sekejap jer kan masa berlalukan dah nak akhir bulan 12 dah esok lusa kita akan menempuhi awal tahun 2012 macam mana dengan azam tahun 2011 dah ada yang dpt ditunaikan kalau belum tu forwardkan jer ke la ke tahun 2012 ni yer.... masa berlalu dengan begitu pantas sekalikan dan usia kita pun semakin meningkat juga oleh itu kejarlah masa yang kita ada untuk melakukan sesuatu yang berfaedah dan menambahkan pahala buat bekalan kita nanti... 

Okaylah hidup ini tetap harus kita teruskn juga walau apa punkan jadi di pagi Jumaat ni mama nak bagi lagi la petua2 buat semua buat pengetahuan kita seharian yer...
1 - Atasi Mata Pedih
     Bagi mengelakan mata pedih ketika menghiris bawang merah cara untuk mengelakkan 
     mata berair letakkan bawang merah ke dalam peti ais selama semalaman kemudian 
     mayang ia seperti biasa kita akan dapati mata tidak akan pedih lagi.selamat mencuba yer.


2 - Mengenakkan Nasi Lemak
     Nasi lemak adalah makanan yang biasa kita makan tidak kira masa jadi pada sesiapa yang
     ingin menyediakannya ikut petua ini.Masukkan sesudu majerin atau minyak kelapa sedikit 
     gula ke dalam santan yang telah dimasukkan hirisan halia dan bawang merah terlebih dahulu
     Jangan lupa masukkan secubit garam ,daun pandan pasti aroma nasi lemak lebih enak.


3 - Sayur Tidak Layu
      Membeli sayur dalam jumlah yg banyak akan menyebabkan ianya cepat layu.Jadi untuk
      mengelakkannya layu rendamkan sayur tu ke dalam air sejuk yang disimpan di dalam peti
      sejuk.Biarkan selama 5 minit dan sayur akan kembali segar.


4 - Cili Kisar Tahan Lama
     Cara untuk memastikan cili yang dikisar tahan lebih lama ialah dengan merebus cili kering
     tanpa membuang bijinya terlebih dahulu.Kemudian kisar cili kering bersama sedikit garam 
     hingga bijinya hancur masukkan di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk lazimnya
     ianya boleh tahan selama 1 bulan insyaAllah dan selamat mencuba yer...