Friday, December 30, 2011

Review : Misteri Jalan Lama

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Hari ni mama nak review filem "Misteri Jalan Lama" plak yer....cite ini adalah arahan Afdlin Shauki genrenya bercorak drama keluarga tapi ada unsur2 mistik sikitla...not bad gak jalan cite nyer tapi ada gak scene2nya yang agak nampak macam tak logik la senang cite...pada mama cite ni boleh ditonton buat tontonan seisi keluarga...Afdlin Shauki sebenarnya kreatif orangnya 
dalam membuat filem ni ianya menarik dan mengujakan juga bila menontonnya tapi jalan cerita
itu harus difahami betul2 kerana setiap plotnya berhubungkait dan jika tertinggal satu scene mungkin agak memeningkan kepala kita untuk mengikuti jalan cerita yang seterusnya...

Ramai juga barisan pelakon yang mantap berlakon dalam cite ini seperti Datuk Ahmad Tarmimi Saregar,Hans Isaac,Que Haidar,Vanida Imran,Afdlin Shauki,Liyana Jasmay,Nasil Bilal Khan,
Adam Corrie,Namron dan ramai lagi pelakon yang lain.


Sinopsis cite ini adalah mengisahkan tentang perbezaan hidup dua adik beradik iaitu Indra dan
Ilya....Indra adalah anak Iskandar yang merupakan seorang pelumba kereta profesional tetapi kuat berjudi dan selalu meminjam wang dari ah long dan disebab itulah hidupnya tidak aman
kerana diburu oleh gangster2 ah long....Manakala IIya adalah anak angkat Iskandar yang diberi
oleh seorang yang misteri 25 tahun yang lalu ketika dia sedang melalui sebuah jalan lama.
Iskandar sangat sayang pada IIya kerana dia seorang anak yang baik dan membantu Iskandar
dalam menguruskan perniagaannya dan itu jugalah yang membuatkan punca Indra tidak puas
hati dengan Ilya.

Setelah kematian Iskandar Indra yang telah lama tidak menjejakkan kaki ke pejabat ayahnya
terpaksa datang ke pejabat ayahnya untuk mengambil wasiat yang telah ditinggalkan untuknya.
Indra diminta dalam wasiat ayahnya membawa IIya pulang tapi dalam perjalanan mereka telah
dikejar oleh gangster dan membuatkan Indra terpaksa mengikut haluan ke jalan lama dan tiba2
mereka telah memasuki satu 'dunia lain' dan asing bagi mereka.Banyak kejadian2 aneh dan mengasyikkan yang terjadi pada mereka.Apakah yang terjadi pada mereka berdua dan siapa
IIya yang sebenarnya?Siapakah makhluk2 yang selalu menganggu dan apakah misteri jalan lama itu?

Pada yang ingin mengetahui lebih lanjut tontonlah sendiri filem "Misteri Jalan Lama" ini dan 
nilaikanlah sendiri bagaimana jalan citenya.Cerita ini banyak menggunakan kostum dan kesan2
khas tapi ada juga diselitkan dengan scene2 yang mengelikan hati juga.Ada juga sebutan2 dari
ketua Puak Ghaul yang kurang jelas jadi pada yang ingin mengetahui bagaimana jalan citenya
yang sebenar dan ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya tontonlah cerita ini yer...
Selamat menonton semua....


12 comments: