SALAM 1 MALAYSIA


Hari ini dah hari yang ke 22 kita semua umat Islam berpuasa
mama harap semoga semua kekawan mama kat alam maya ni 
dah bersiap sedia dalam membuat persiapan untuk hari raya plak 
dan jangan dilupakan minggu akhir bulan puasa ni lah banyak
pahala yang akan kita dapat di malam 
Lailatul Qadar..carilah malam lailatul qadar tu
dan bagi yang bertuah pasti akan mendapatkannya...
InsyaAllah...

Minggu ni adalah minggu yang amat membizikan mama sebab dok asyik
mengemas rumah dan membuat kuih muih serba sedikit...
Semalam cuti ambil kesempatan minta tolong hubby bukakan langsir
untuk digantikan dengan yang baru..
Bab panjat memanjat ni kenalah bagi kat hubby...
 mama hanya dok perhatikan dari bawah jer...
Raya tahun ni mama buat serba sederhana je sebab ada majlis
yang lagi penting nanti akan mama hadapinya...
Okay lah mari kita lihat gambar semasa mama dok mengemas semalam..
(sempat lagi amik gambar)

sori yer hubby mama x berbaju  tu seksi la hahaha....
tepi tu masih lagi hadap lappy sambil berkemas 
boleh plak menyambil melawat blog...

Tengok la semuanya dah tanggal dan 
keadaan rumah masih bersepah lagi

 Tu dia siap ada toto lagi

 Sarung sofa ini pun dah x ada baru ditanggalkan
untuk proses pembasuhan

yang ini pun dah ditanggalkan sarung nyer...