SALAM 1 MALAYSIA




Ya Allah..
Kau permudahkan segala urusan kami...
Kau panjangkanlah jodoh kami...
Kau jadikanlah kami pasangan yang bahagia di dunia dan di akhirat
Kau jadikanlah kami suami dan isteri yang soleh  dan solehah...
Amin...
*
*
Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayang Mu,
Bertemu  di atas ketaatan Mu
Bersatu di jalan lurus Mu
Bercinta dengan cinta tulus dari Mu
*
*
Ya Allah..
Perteguhkanlah cinta kami berdua
Limpahkan segala kasih dan sayang di antara kami
Limpahkanlah pada kami kemesraan yang abadi
*
*
Ya Allah Yang Maha Pengasih
Seiringilah kami dalam melayari  kehidupan yang sejahtera
Terimkasih  Ya Allah
  kerana Kau telah mengurniakan
puteri-puteri yang manis buat  kami 
penyeri rumahtangga kami
semoga kau berikan kami anak-anak kami dengan sifat2 yang
 sejati mengingati kami bila kami tua nanti
InsyaAllah... 
mudah-mudahan Kau penuhil doaku ini..
*
*
Ya Allah..
Semoga jodoh perkahwinan kami berdua
Dzolkarnine Bin Hassim
dan
Normas binti Mohd Noah
berkekalan hingga hujung nyawa kami
dan berkekalan hingga ke syurga...
*
*
Amin Ya Rabbal 'Alamin
*
*
 Hari ini genaplah 25tahun 
mama membina hidup ini bersama2
dengan hubby mama...
sungguh mama x menyangka selama ni kami telah menyemai
cinta yang suci sebegitu lamanya...
alhamdullilah syukur mama ke hadrat llahi kerana telah
menyatukan cinta kami berdua...
Semoga bunga cinta kami ini kekal abadi...
Selama 25tahun hidup bersama banyak cerita suka duka
kami tempohi bersama...
Semuanya itu akan tetap menjadi kenangan abadi kami  
dan mama berharap akan dapat bersama-samanya
ke 25tahun ke hadapan..
InsyaAllah...
kalau Allah masih memanjangkan usia kami berdua...
Hari ni nak celebrete n berbuka kat luar
 nanti gambonya mama masukkan kemudian ok...  
   

 simple jer kek ni...