SALAM 1 MALAYSIA
N3 kali ni mama nak kongsikan bersama kekawan
tentang makanan yang sihat untuk yang baru putus cinta
dan patah hati ...
Setiap orang mungkin telah atau sedang
mengalami situasi yang amat menyedihkan
seperti patah hati atau kecewa ini
oleh itu ingin mama kongsikan bersama-sama
makanan yang boleh merawat kita
waktu kita didalam keadaan yang kecewa dan sedih ini.
Kecewa sehingga tidak lalu makan
bukanlah sesuatu yang baik sebenarnya
tapi demi menyenangkan hati sendiri
makan tanpa berhenti juga bukan satu tindakan yang bijak.
Terlalu mengikut perasan akhirnya diri kita yang susah.
Betul kan....
Tubuh semakin kurus atau mungkin semakin berisi
minda tidak fokus badan tidak bermaya dan
hati tetap tidak tenteram
akan menambahkan lagi kesengsaraan diri.
Walaupun tidak ada kajian yang menyatakan atau
membuktikan makanan dapat membantu mengatasi masalah ini
tetapi yang pastinya ramai yang mencari
makanan kesukaan ketika susah hati.
Makanan kesukaan biasanya bukanlah
makanan yang menyihatkan tetapi makanan
yang akan menambahkan berat badan kita
dan ia perlulah di beri perhatian yang serius.
Makanan yang berkalori tinggi patutlah dielakkan
ianya akan menambahkan lemak ditubuh
dan tindakan itu perlu kita elakkan.
Makanan seperti ais-krim,kerepek,coklat dan
sebagainya hanya akan memberikan kita
rasa tenang dan gembira hanya untuk seketika.
Lebih baik disaat kita bersedih,kecewa dan patah hati
kita cuba membuat sesuatu yang bertenaga,
bersedia untuk menjalani diet sihat dan
bersemangat untuk meneruskan kehidupan kita seterusnya.
Jangan terlalu mengikut perasan kecewa tu
kita haruslah lebih bersemangat lagi,
bangun dan motivasikan diri kita dengan sebaik-baiknya.
Di bawah ni ada beberapa jenis makanan sihat yang
mampu membuat tubuh badan berasa
lebih senang walaupun sedang patah hati atau kecewa.
Mari kita lihat dan kongsikan bersama2 yer...
Sup sayur
Semangkuk sup sayur yang hangat
dengan sayur-sayuran akan membuat tubuh lebih nyaman,
relax dan pastinya lebih sihat.
Campurkanlah pelbagai jenis sayuran,
terutamanya sayuran yang berwarna-warni
agar hidangan kita nampak lebih menarik dan
lebih berselera untuk menikmatinya.
Coklat buatan sendiri
Mungkin kamu tahu cara untuk membuat coklat sendiri,
oleh itu cubalah ambil masa untuk
membuat coklat hangat sendiri.
Tuangkan ke dalam cawan berisi susu
rendah lemak dan pastikan memilih coklat gelap
atau pekat supaya dapat memenuhi keperluan protien
dan kalsium sambil dapat menenangkan hati dan dapat mengalihkan perhatian.
Yogurt
Berbanding aiskrim, yogurt adalah salah satu makanan
yang membantu memulihkan perasaan sedih yang dialami.
Pilihlah yogurt yang rendah lemak
kerana ia dapat membantu melancarkan pencernaan tubuh
dan menjadi sumber zat kalsium yang lain.
Lagipun tidak akan merasa bersalah pun
kalau makan yogurt berbanding makan
aiskrim kerana aiskrim lebih tinggi kalorinya.
Buah beri
Belilah buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak
dan jadikan stok di dalam peti sejuk.
Potong kecil-kecil dan jadikan salad untuk
dinikmati dan dimakan di saat patah hati atau
kecewa sambil menonton televisyen.
Boleh juga menikmati hidangan ringan yang
menyihatkan daripada makan makanan yang kurang menyihatkan.
p/s terasa lapar plak bila tengok sup tu...nyummm...
21 Comments
Nasib baik makanan yang dicadangkan sedap-sedap. Hehe. Terima kasih kongsi :)
ReplyDelete-wina1979-
Assalamualaikum mama
ReplyDeleten3 ini bagus juga untuk yg bukan putus cinta..
Wassalam
@NA
ReplyDeletesama2 wina kalau x putus cinta pun boleh mkn...:)
@Rozali
ReplyDeletewaalaikumusalam...mekacih yer...:)
lbh minat coklat tu je..
ReplyDeleteputus cinta kuat makan
ReplyDelete@mizzkechique
ReplyDeleteada2 jer mizz ni kan...
ambil la tapi bila time berbuka boleh la...:)
@abghani
ReplyDeletekekadang ada org yg mcm tu bila nak menghilangkan stress makan la paling senang utk ia melupakan semua masalah...:)
makan aiskrim 5 balang..
ReplyDeletebaru terubat...=)
yana bila tengah sedih, beli coklat je mama. snickers ke, kit kat ke, cadbury ke. lepas makan tu dah jadi energetic balik. :P
ReplyDeletesedapnya kalau makan yogurt pastu tambah berry..yum yum :)
ReplyDelete@Gadis
ReplyDeletebest nyer dpt mkn ais krim ...aiskrim malaysia...:)
Sedapnye tgk yogurt tu pose2 nih, huhu.
ReplyDeletewaaaaaa
ReplyDeletemenarik nih mama!
tanx mama..suke sgt sebb suke nanes..hahahaha
@SITI NOORNADIYANA
ReplyDeleteyer ke ...okay lepas makan boleh melegakan kita kn...:)
@D Indah Cinta
ReplyDeletememang sedap indah makan yogurt ngan strawberry....nyummmmm...:)
@Nurnasihah Shahbuddin
ReplyDeletemmg sedap pun nurnasih sbb pose semuanya sedap kn...:)
@aimie amalina
ReplyDeletesama2 aimie...thanks yer...:)
Mama, semua tu memang FEVERET kecuali sup sayur,..
ReplyDeleteTu yang badan saya macam wahid satay tu..
Ha-ha-ha:D
Musicbrilliant.com
@My Name is Mar
ReplyDeletehahahaha....kenapa lah x makan sayur kan sayuran tu berkhasiat...
badan mcm wahid satay x kisah la janji sihat kesihatannya...:)
perghh, bestnye yogurt dan coklat tuh,huhu
ReplyDeletePost a Comment