SALAM 1MALAYSIA


 Selamat pagi semua hari ini dah hari yang ke 16 umat islam berpuasa.
Semoga hari-hari yang mendatang memberikan seribu satu
kegembiraan kepada kita.
Dalam duduk diam fikiran jauh melayang memikirkan masalah negara...
cewahhh macam perdana menteri lah plak nak fikir pasal negara....
Masalah negara biarlah orang yang tertentu yang menyelesaikannya
 tapi kita ni yang jadi rakyat pun punya masalah sendiri
jadi terpaksalah kita sendiri yang hadapinya.....

Semua manusia dimuka bumi Allah ini ada masalah mereka sendiri
 tak ada seorang manusia pun yang terkecuali 
dari menghadapi masalah hidup mereka seharian...
orang gila je yang tak ada masalah yang nak difikirkan.....
Mama pun begitu juga banyak masalah yang berlaku 
sejak kebelakangan ini ada saja situasi yang kurang menyenangkan berlaku 
tapi mama gagahi juga untuk meneruskan hidup demi menghadapi hari-hari mendatang.....


Pada zahirnya memang seperti tiada apa yang berlaku tapi bak kata pepatah melayu 
"BERAT LAGI MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL"
Besar sungguh dugaan yang terpaksa mama lalui ini,
 "Aku bersujud dan memohon padaMU Ya Allah hanya KAU yang Maha mengetahui segala-galanya"....

Tapi bagi kita manusia yang normal memang tak lepas dari semua masalah 
baik yang kecil atau pun masalah yang besar dan
  yang paling pentingnya hadapilah semua
masalah dan dugaan itu dengan hati yang redha...
Mungkin ada hikmahnya atas apa yang berlaku
semua ini dan semoga segalanya berlalu dan dapat diatasi segera.

Setiap masalah itu pasti akan ada jalan penyelesaiannya
 jika kita benar-benar menyelesaikan semua masalah itu dengan cara yang betul 
dan Allah akan sentiasa membantu dan
 memberikan kita petunjuknya untuk kita menuju ke jalan yang benar.
Dalam buku yang mama baca ini banyak memberikan 
mama petunjuk bagaimana segala masalah yang kita hadapi
 dapat kita settelkan dengan cara yang baik.



Buku yang bertajuk "PENENANG JIWA" ini mengandungi 
banyak isi-isi penting yang dapat kita jadikan panduan dalam hidup kita seharian.
Cara-cara pengubatan dan rawatan juga terdapat di dalam buku ini 
dan apabila kita membaca akan isi kandungannya 
terasa jiwa kita begitu tenang dan relax sekali.

Terdapat juga terjemahan dari ayat-ayat suci Al-quran,
hadis-hadis dan sedikit sebanyak dapat membawa dan
 memberikan kita ketenangan hati,jiwa dan minda kita.
Banyak isi kandungannya yang begitu menarik perhatian,
terdapat 111 bab di dalamnya dan 
buku setebal 437 mukasurat ini begitu seronok 
untuk dijadikan bahan bacaan kita di rumah 
di waktu jiwa kita di landa masalah dan 
sedikit sebanyak kita akan mendapat ilmu dari pembacaan kita sekeluarga.

Carilah jalan penyelesaian masalah kita 
dengan cara yang sebaik-baiknya janganlah
 kita terlalu bongkak dengan Allah Maha Pencipta,
mencari jalan penyelesaian masalah dengan cara yang salah dan hina,
carilah jalan penyelesaian yang sempurna dengan berpandukan Hadis dan Al-quran

Rasulullah SAW bersabda:

"TIDAK ADA SUARA YANG LEBIH DISUKAI ALLAH DARIPADA SUARA RINTIHAN HAMBANYA
YANG BERDOSA LALU BERTAUBAT DAN BERKATA."YA TUHANKU!"LALU TUHAN BERKATA,"BAIKLAH WAHAI HAMBAKU,MINTALAH APA YANG KAU MAHU.KAU HAMBA-KU SEPERTI SEBAHAGIAN MALAIKAT-KU.AKU DI KANAN,KIRI DAN ATASMU.LEBIH DEKAT DARI ISI HATIMU.HAI MALAIKAT SAKSIKAN AKU TELAH MENGAMPUNINYA"


Allah Itu Maha Pengampun Dan Maha Mengasihi