SALAM 1 MALAYSIA

 Hari Ke 17 berpuasa...ada sesiapa yang dah tinggal puasa?
Mama harap semuanya masih kekalkan ibadah berpuasa tu tanpa ada yang tertinggal yer....
kalau perempuan tu biasalah ada harinya yang terkurangkan...

Hari ini mama nak cite sikit
dalam 2 hari ini mama bengang betul dengan stesen TV berbayar kat Malaysia ni
(nak sebutkan tapi tak payah la, kang tak pasal2 kena bang plak)
jadi faham2 sendiri sudah la ye
  Dek kerana kekecohan itu nak menonton siaran faveret mama sekeluarga pun tak dapat (Channel One HD Korea) korea lagi...

faham-faham je la kekadang ada tunggakan bil sebulan yang belum dapat mama jelaskan tapi dah pun kena sekat, bila stesen tv tu naikkan tambahan bil  selamba jer
bengang juga mama kerana beberapa episod yang baru cite korea tidak dapat ditonton...
Cerita x dapat tengok tu bukan masalah besar sangat2 la pada mama tapi yang jadi betul2 bengang tu adalah kerana pembayaran bil tu.

Sebenarnya mama
dah buat pembayaran pun tapi bahagian penyambungannya masih tidak buat kerja penyambungan tu selama 3 hari.Biasanya dalam masa beberapa jam je
bahagian penyambungan dah sambungkan balik ni tak
dah lah cas penyambungan tu kita yang bayar (terus dimasukkan ke dalam bil )
tapi masih tak buat kerja mereka..
 bukannya minta free pun tapi masih lagi lambat melakukannya....

 Bila dah lama sangat mama apa lagi terus je buka laman web stesen tv tu dan buat complain
terus dari situ
bila kita call untuk penyambungan semula jawapan yang kurang menyenangkan je yang kami dapat dari operater yang menjawabnya...bila dengar jawapannya macam tu makin bertambah benganglah jadinya..Dalam sehari tu 3 kali hubby mama buat panggilan tapi masih
dapat jawapan yang sama kena tunggu 3 hari waktu bekerja baru boleh
buat  penyambungan itu...

Itu yang buatkan kesabaran sesiapa pun boleh hilang tapi nasib baik la hubby mama bukan jenis orang yang baran kalau tidak memang dah kena sound habis-habisan pekerja yang bertugas hari itu.....
Sebenarnya  proses pemasangan semulanya x lah sesusah mana pun tapi dek kerana salah 
prosesnya masalah tu jadi lama dan memakan masa yang panjang iaitu selama 3 hari baru boleh di on kan semula....
Bila dah kena complain dalam laman web barulah semua pekerjanya mula ambil tindakan dan mohon maaf atas segala kelambatan dan kesilapan yang terjadi (pandai plak telefon balik minta maaf).     
Kalau x buat macam tu sampai la ni pun masih tiada lagi siaran dan masalah penyambungan siaran tu pun mungkin x dilakukannya.....
bila dah kena bang dan complain barulah semuanya bergegas buat kerja....

 "Awak sebagai pekerja ni haruslah melakukan kerja yang diberi tu dengan ikhlas dan
janganlah melakukan kerja tu main2 je
lakukan kerja tu dengan budibahasa yang cukup menyenangkan pelanggan-pelanggan yang bertanya pada  awak bukannya
  berlagak sombong dan angkuh dan bila menjawap panggilan tu,hormatlah sikit kat  
pelanggan-pelanggan anda janganlah bersikap kurang ajar"...

Apa-apa pun terimakasihlah pada mereka yang telah membuat penyambungan semula siaran  tu dan permohonan maaf dari pihak A_ _ _ O tu juga kami terima...
 Di harap mutu perkhidmataan syarikat ini akan lebih sempurna dan diharap juga perkara sebegini tidak akan berlaku lagi pada pelanggan yang lain di masa hadapan....

-Terimakasih-

"TUGAS ITU SATU IBADAH"