Hari ini adalah hari yang ke 14 kita semua berpuasa
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa hari ini
dengan sabar dan penuh keredhaan...
Orang yang dapat menjalani ibadah berpuasa hari ini mempunyai akhlak
yang terpuji yang ada di dalam diri kita kerana
kita dapat membentuk akhlak itu dengan mulianya...
Akhlak itu umpama buah pada pokok iman,akar tunjang pada pokok
itu adalah persoalan imannya.
Batangnya pula adalah rukun islam, dahannya persoalan fardu kifayah
dan rantingnya umpama amalan-amalan sunat manakala akhlak adalah buahnya...
Sesungguhnya akhlak inilah yang dinantikan
oleh manusia kini.
Hanya dengan inilah kemajuan teknologi dan ketinggian zaman
akan dapat menjamin kesejahteraan hidup manusia pada masa akan datang.
Allah berfirman yang bermaksud:"
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
(surah Al-Inshirah 94: 5-6)Maka
Kita ibarat sebatang pokok
belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pokok.
Pohon yang besar itu mampu menahan ribut dan taufan kerana ia
mempunyai batang yang kukuh dan kuat.
Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat
akarnya, menjadi sebatang pohon yang kuat ia belajar
menahan teriknya matahari,kuatnya angin,dinginnya hujan dan
gangguan daripada manusia juga haiwan.
Setelah melalui semua itu biji benih yang kecil tadi telah menjadi tunas
dan mula bercambah membesar menjadi pokok yang besar.
Marilah kita menjadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana
seperti ikan dilautan masin meskipun di dalam air masin tapi dagingnya
tetap tidak masin.
p/s serius plak n3 mama hari ni....
8 Comments
waaa
ReplyDeletesy yg membace nye pon serius mama
heee.
mudah2 an mama
kite mnjad ibarat pokok tu ann =)
insyaAllah
@aimie amalina
ReplyDeleteyer la aimie mudah-mudahan kita seperti pokok itu hendaknya....Amin
entri yang mengegarkan jiwa...tabah dan kuat seperti pokok...selain itu berkorban untuk orang lain dengan membekalkan oksigen untuk kita dan menguatkan struktur tanah....
ReplyDeletesuke nasyid...sepohon pokok daunnya rimbun.......
ReplyDelete@Kancil 8349
ReplyDeleteye la tetiba plak mama jadi serius pepagi tadi.....
n3 serius ni...:)
@abghani
ReplyDeletelagu tu mmg sedap tapi dah lama mama x dengar ia diputarkn lagi....
Assalamualaikum Mama
ReplyDeleteInsyaallah...dengan kesabaran dan iman yg kukuh, kita membesar.
Wassalam
@Rozali
ReplyDeleteWaalaikumusalam...yer betul tu...:)
Post a Comment