SALAM 1 MALAYSIA

Alhamdullilah selamat sudah berbuka puasa hari yang ke 13
sambil menonton berita tadi mama dapat tahu 
bahawa hari ini adalah  Hari Kidal Sedunia...
Wah x sangka mama ada juga hari untuk 
sesiapa yang kidal ini...

Ingatkan hari ibu,hari bapa,hari guru jer yang
ada rupa2nya hari kidal sedunia pun ada juga...
Mungkin baru2 ini kot diadakan hari kidal sedunia ini entah la...
 anak mama yang sulung pun
adalah salah seorang yang menggunakan tangan kiri...
along banggalah sebab die adalah
salah seorang yang kidal dan menggunakan tangan kiri bila menulis...

Seseorang yang kidal ni agak susah juga lah kalau kita nak
mengajar sesuatu kat die sbb die akan menggunakan tangan kiri 
manakala kita akan menggunakan tangan kanan...
kekok jadinya sorang pegang tangan kanan sorang pegang tangan kiri
Semua perkara yang dilakukan mesti menggunakan tangan kiri 
tapi hanya satu je yang mama ajar die menggunakan
tangan kanan iaitu makan...

Tapi yang bestnya apabila along bermain badminton
kedua-dua belah tangannya boleh digunakan...
bila bola berada dibelah kanan die akan menggunakan tangan kanannya
dan begitulah sebaliknya...
kekadang adik2nya yang lain akan mentertawakannya kerana
dapat menggunakan kedua2 belah tangannya...



Presiden Amerika Syarikat Obama pun seorang
yang kidal...


seorang budak yang kidal menulis menggunakan tangan kirinya