SALAM 1 MALAYSIA


Hari ini dah masuk hari ketiga kita semua umat Islam
berpuasa yer....
Sekejap jer masa berlalu meninggalkan kita  
pernah x terfikir di fikiran kita apakah
 yang akan terjadi di hari esok dan seterusnya??
Kita sendiri pun tidak dapat menjawapnyakan kerana kita
sendiri pun x tahu apa yang akan terjadi di hari2 yang akan mendatang...
*
Oleh itu sama2lah kita semua melipat kali gandakan amal ibadat dan kebaikan
di dalam bulan puasa ini semoga segala amal ibadat yang kita lakukan 
akan menjadi teman bila kita bertemuNYa nanti...
*
Okaylah kita tinggalkan bab ini ,mama nak menanya
apa menu kekawan hari ini?
Tentu semua dah ready dengan menu2 yang istimewa hari inikan ...
Bagi ibu2 yang sememangnya ada dirumah pasti dah siapkan
bahan2 untuk di masak petang nanti..
Pastinya semua menu itu tentunya yang sedap2 belaka...
bagi yang bujang dan bekerja pastinya
bazar Ramadhan  jadi tempat persinggahan bila balik nanti..
banyak juadah yang siap sedia terjual di bazar Ramadhan
sampaikan dah x tahu nak beli yang mana satu...
Ingat kekawan semua jangan ikutkan nafsu berpuasa ini
parah jadinya nanti..
*
Boleh jadi satu pembaziran nanti kalau beli mengikut nafsu ni
Beragak2 yer bila nak ke bazar Ramadhan tu...
Kalau dah tahu apa menu hari ni  beli apa yang perlu jer...
x lah membazir namanya...
Cuba bagi tahu mama apa yang kekawan teringin makan petang ni..???
 *
Menu simple mama sekeluarga hari ini adalah:
1.Ketam masak lemak dengan nenas
2.Sambal belacan campur mangga muda
3.Pecal jawa
4.Kurma dan kuih-muih
5.Air teh O dan sirap limau


p/s Jap lagi nak turun ke medan perang (apa lagi ke dapur la)