SALAM 1 MALAYSIA

Selamat pagi semua...
Hari ini dah hari yang ke 11 kita semua umat islam berpuasa..
Mama harap semuanya di dalam keadaan yang sihat yer...
Alhamdullilah hari ini kesihatan mama dah beransur pulih
tinggal sedikit jer lagi bekas-bekas bengkak allegik
akibat mama makan ubat yang alah...

Hari ini mama nak cite sikit bab jadi follower ni...
Apakah pandangan kekawan pada blogger baru
yang mahu menceburkan diri dalam dunia blog ni...?
Semalam mama tengok isu follow memollow ni jadi 
isu hangat plak kat kelab blogger ni...
hinggakan mereka sesama mereka bertelagah pasal isu ni...

Pada blogger yang lama tu bagilah tunjuk ajar kat blogger baru
mana yang elok dan mana yang tidak..
Kenapalah masih nak bertegang urat tentang isu2 ni
kesianlah pada blogger2 yang baru tu...

Tujuan kita berblogging ni bukan nak menunjuk2 tapi   
sekadar untuk mencari kawan di alam maya ni...
jadi x payahlah kita nak bertegang urat memikirkan isu follow memollow ni
kalau dah ada orang nak ikut atau x itu x jadi masalahnya
ikut suka die oranglah kalau suka follow kalau x leave it...

Kerana mereka yang baru ini ingin mencari follower mereka
dengan cara mereka sendiri jadi dengan cara tu jer
yang mereka tahu jadi biarkanlah kalau itu
baik untuk mereka...
rasanya x salahkan kalau mereka nak gunakan cara macam tu
   memperkenalkan blog mereka pada yang lain....
Kenapa isu follow memollow ni jadi isu kat blogger yang lama
sepatutnya blogger lama ni membantu blogger2 yang baru ni...
bagi lah mereka suppoter atau nasihat atau apa2lah yang berkenaan dengan
blog ni janganlah diperlekehkan mereka yang baru ni...

Ada ke patut bagitahu mereka sindrom 
"I FOLLOW YOU YOU FOLLOW ME"
adalah sindrom bagi mereka yang perfikiran tahap rendah
elok ke cakap macam tu...
pada mama kalau nak tegur tu beralaslah sikit jangan ikut suka jer
orang tahu la yang awak tu blogger yang dah lama
bagilah peluang pada blogger baru cari follower mereka sendiri
dengan cara mereka sendiri...
Kalau tak suka pada blogger2 yang baru tulis macam tu
 x payah lah ikut blog die orang biarkan saja kan
lebih elok dari mengata2 mereka ada sindrom begitu.  

Mama rasa sedih kalau ada yang berfikiran begitu 
kerana kita semua berada didalam satu kapal yang sama
sepatutnya sokong menyokong antara satu sama lain 
jangan asyik nak cari masalah aja...
Bab nak follow ke x itu terpulang pada
 individu tu sendiri kalau suka follow
kalau x jangan follow habis cite kan...
x payah nak besar2kan isu macam ni...

Makin kita besarkan isu macam ni lagilah x elok pada blogger2 
yang baru sebab mereka akan terasa hati sebab
dikatakan mempunyai tahap pemikiran yang rendah...
Cubalah cari jalan untuk selesaikan masalah ini dengan cara 
yang baik dan elok bukan dengan cara kata mengata ni...
Fikir-fikirkanlah ye...


p/s mama pun blogger baru terasa la juga....