Sarapan pagi ini "Nasi Goreng Kampung"kita tengok resepinya di bawah tu...Pagi-pagi dah makan heavy macam ni siap ngan telur mata kerbau lagi,jawabnya masak untuk tengahari di tundakan ke petang la,perut pun dah kekenyangan, hubby pun tengahari ni x balik makan jadi masak untuk makan malam sekali la nanti.....
Nasi putih
ikan bilis
cili padi
bawang putih
daun bawang/daun sup
kangkung (x letak ari ni)
bawang goreng
telur
garam
serbuk perasa
CARANYA:
Ikan bilis di goreng dan goreng telur mata kerbau terlebih dahulu asingkan.Ambil bawang putih,cili padi dititikkan sedikit tumis dalam kuali,biarkan garing sedikit pastu ambil nasi masukkan kedalam kuali dan gaulkan semuanya kalau suka boleh tambah telur.Goreng nasi sehingga garing,masukkan sayur kangkung,ikan bilis yang telah digoreng terlebih dahulu tadi dan bubuh perasa dan garam secukup rasa.Setelah siap letakkan dalam pinggan dan hiaskan dengan bawang goreng,daun sup/bawang dan telur mata kerbau.Siap untuk di makan...Nyummmm
Inilah Nasi Goreng Kampung yang siap untuk dimakan
macam kat kedai plak
2 Comments
sskali mkn ns grg kg sedap gak kan..
ReplyDeleteadoii sis dah tak tau nak masak aper ari2 kat umah nih..stress memikirkan menu ;p
mmg begitu lah hari2 pinky dah x tahu nak masak apa untuk menu...tu sbb kekadang sis wat nasi goreng je atau apalah yang lain sikit....kat umah sis ni kalau asam pedas ikan pari hari2 masak pun x pe tapi kitalah yg masak rasa mcm jemu plak...pd dia org yg mkn x pe....hehehe
ReplyDeletePost a Comment