SALAM 1 MALAYSIA

Wah!!! dah lama betul blog aku ini tidak dikemaskinikan dah naik bersawang rupa-rupanya...
kesian betul aku tengok... 
tapi x pa la hari ini proses pembersihan dah pun dimulakan dan operasinya sedang dijalankan... 
(hehehe nak buat lawak plak)
Dalam 2 hari ini aku bengang betul dengan stesen TV berbayar 
(nak sebutkan tapi tak payah la, kang kena bang plak jadi faham2 sendiri je la yang mana stesen TV berbayar kat Malaysia ni).... 
atas sebab tertentu siaran tv berbayar aku telah disekat dan x dapatlah aku nak menonton siaran faveret kami sekeluarga (Channel One HD Korea)...
faham-faham je la kekadang ada tunggakan bil sebulan yang belum dapat dijelaskan pun dah kena sekat...
bengang juga kerana beberapa episod yang baru tidak dapat ditonton...
Cerita x dapat tengok tu bukan masalah besar sangat2 tapi yang jadi betul2 bengang 
  sebabnya adalah kerana pembayaran bil tu dah pun dibuat tapi bahagian penyambungannya masih tidak buat kerja,
cas penyambungan tu berbayar (terus dimasukkan ke dalam bil ) bukannya free pun tapi itu pun masih lagi lambat melakukannya....
bengang sesangat pergi je buka laman web stesen tv tu dan buat complain terus,bila kita call untuk pusat penyambungan semula jawapan yang kurang menyenangkan je yang kami dengar makin bertambah benganglah jadinya....
Itu yang buatkan kesabaran sesiapa pun boleh hilang tapi nasib baik la hubbyku bukan jenis orang yang begitu kalau tidak memang dah kena sound habis-habisan siapa yang bertugas hari itu.....
Sebenarnya  proses pemasangan semulanya x lah sesusah mana pun tapi dek kerana salah 
prosesnya masalah tu jadi lama dan memakan masa yang panjang iaitu selama 3 hari baru boleh di on kan semula....
boring...boring betul jadinya....
Bila kena complain dalam laman web barulah semuanya mula ambil tindakan dan mohon maaf atas segala kelambatan dan kesilapan yang terjadi (pandai plak telefon balik minta maaf takut la tu)...
Kalau x buat macam tu sampai la sekarang masih tiada lagi siaran dan masalah penyambungan siaran tu pun x dilakukan.....
bila dah kena bang dan complain barulah semuanya bergegas dan buat kerja....
Kita sebagai pekerja ni haruslah melakukan kerja yang diberi tu dengan ikhlas dan
janganlah melakukan kerja yang telah kita sandang tu semata-mata ikut hati dan 
perasaan
lakukan kerja tu dengan budibahasa yang cukup menyenangkan pada pelanggan-pelanggan yang bertanya pada kita.
Janganlah berlagak sombong dan angkuh bila berdepan dengan
pelanggan-pelanggan anda...
Apa-apa pun terimakasihlah pada mereka yang telah membuat penyambungan semula siaran tv berbayar tu dan permohonan maaf tu juga kami terima...
Harap semuanya dapat melakukannya dengan lebih sempurna dan diharap juga perkara sebegini tidak akan berlaku lagi....
-Terimakasih-

"TUGAS ITU SATU IBADAH"