SALAM 1 MALAYSIA


Keputusan SPM dah pun kuar semalam...
macammana dengan adik2 yang mengambil keputusan tu puas hati x akan keputusan yang diperolehi....
Akak harap pada adik2 yang berjaya ucapan tahniah dari akak dan yang kurang berjaya janganlah berputus asa yer....
boleh berusaha lagi jika adik2 masih mahu mengulangi peperiksaan utk tahun hadapan....
Anak jiran sebelah rumahku pun mesti telah berjaya agaknya...
(masih x berkesempatan untuk berjumpa jadi x tahu berapa A anaknya perolehi).....
semalam sewaktu mereka keluar
rumah untuk ke sekolah awal2 lagi ucapan tahniah wat anaknya telah ku hulurkan memandangkan sudah pasti kejayaan tu memang miliknya....
(berapa A x tahu la) yg pasti mesti lulus punya...(anak2 yang bijak semuanya).....
Bagi anak saudaraku pun masih x tahu berapa keputusannya yang dia dapat....
semoga dia berjaya hendaknya....
Apa-apa pun semoga semua yang mengambil keputusan peperiksaan SPM semalam berjaya .
Gementar juga bila anak2 kita akan menduduki peperiksaan yang besar begini...
Aku dah pun mengalaminya apabila anak2ku yang pertama dan yang kedua dulu....
Ibubapalah yang terlebih excited sangat bila anak2 yang mengambil peperiksaan dan satu lagi apabila keputusan peperiksaan keluar,
pagi2 lagi ibubapalah yang awal2 bersiap untuk mengikut anak2 ke sekolah.
Itulah ragam sebenarnya bila waktu peperiksaan dan 
sewaktu keputusan peperiksaan keluar.
Teringat semasa zaman persekolahan dulu itulah kenangan terindah yang tidak dapat di lupakan sampai bila-bila pun.
Biarlah ia menjadi memori terindah didalam hidup ini.
Sekarang ini menghadapinya dengan kerenah anak sendiri pula...
Akhir tahun ini anakku yang bongsu pula yang akan menghadapi peperiksaan PMRnya.Semoga dia berjaya dalam peperiksaan itu nanti....

Gambar ambil keputusan UPSR