Hari ini aku nak menceritakan akan masakan yang menjadi kegemaran hubby dan anak-anakku.
Setiap hujung minggu mesti ada je yang mahu lauk kegemaran mereka dihidangkan, hubbyku plak paling suka lauk kegemarannya pastilah "Asam Pedas Ikan Pari" rasanya macam dah jemu aku memasaknya lauk tu tapi apa boleh buat kerana lauk tu lah pembuka selera mereka dan itulah lauk -lauk yang menjadi kegemaran mereka.
Kalau nak lihat mereka makan lebih, masak je la lauk yang mereka sukai pasti berulang-ulang kali mereka ke dapur.
Yer la pasal bab-bab makanan ni setiap ahli keluargaku pasti ada lauk kegemaran masing-masing siap sedia je lah aku untuk memasak apa menu yang diberikan.....(macam chef kat restoren plak).....
Aku bukannya pandai masak pun pada mulanya tapi dek kerana hubbyku suka makan di rumah terpaksalah aku mempelajari menu-menu yang ada dan mencubanya sendiri...lama-kelamaan pandai juga aku memasak...(cewahhh puji diri sendiri plak)....
hubbyku ini sebenarnya tak lah cerewet sangat orangnya tapi bab-bab makan ni dia ada sikit sikap cerewet tu kerana padanya makan dirumah lebih seronok dan sedap berbanding makan diluar, lebih-lebih lagi bila aku sendiri yang memasak lauk kegemarannya itu... 
.("air tangan isteri lagi power")
bangga siot bila hubby puji macam tu...Sememangnya lauk 'Asam pedas ikan pari' ni menjadi satu menu yang penting bila waktu hujung minggu dan hari cuti....
Anak-anakku pun jadi suka dengan lauk tu tapi mereka ada juga lauk kegemaran mereka juga.
 Anakku yang sulung (Ain) pada mulanya suka akan lauk sambal udang,sambal sotong,ketam goreng bercili nak cerita semua la lauk-lauk seafood tapi 
kebelakangan ni dia allegi plak dengan makanan laut jadi lauk kegemarannya itu kurang la aku hidangkan tapi bila terasa kepingin nak makan masakan itu kena juga la aku menghidangkannya......
Anak ku yang kedua (Lynn) lain plak,dulu dia tak boleh makan makanan laut ni allegi jugak tapi kebelakangan ni dia dah boleh pula makan makanan laut ni ...
(pelik bin ajaib sungguh aku)
dulu kak nyer yang sulung boleh makan dia tak boleh tapi sekarang kak tak boleh makan adik plak yang boleh makan....hehehe.....tak kisah la janji apa yang aku masak menjadi lauk kegemaran mereka semua....
Anakku yang kecil sekali pula (Syane) paling lah suka makan makanan atau lauk yang berasaskan ayam tak kira la lauk apa yang aku masak janji pada dia lauk tu ada ayam kegemarannya....
Satu persatu kerenah hubby dan anak-anakku itu, kekadang masakan kegemaran aku pun aku lupa nak memasaknya memandangkan lauk kegemaran mereka yang aku dahulukan....pada aku,aku akan merasa amat gembira sekali bila lauk yang aku masak tu menjadi santapan keluarga dengan gembira dan mereka akan teringat selalu akan lauk yang aku masak itu tak kira dimana mereka berada pun.....itu lah nikmatnya bila lauk yang kita masak menjadi satu kemestian pada hubbyku dan anak-anakku....
lihat je la gambo kat bawah lauk-pauk yang aku hidangkan buat keluarga tercinta.....




 Asam pedas ikan pari
kegemaran keluargaku

 Ketam goreng bercili
( best nyer)




 Sambal sotong



 Ayam goreng madu +lada hitam





 Masak Lemak siput



 

rendang daging