-Bismillahirahmanirahim-
Pagi hari Jumaat 3 Dis 2010 yang indah selepas solat subuh kami sekeluarga mula bertolak menuju ke destinasi iaitu Melaka(negeri pahlawan Hang tuah).Melaka negeri yang banyak melakarkan sejarah pada kami sekeluarga.Selama 15 tahun aku tinggal di negeri yang penuh dengan sejarah ini begitu juga banyak sejarah dan kenangan suka-duka ketika kami sekeluarga tinggal di sana.Itu semua dah berlalu dan sekarang aku bersama keluarga telah berpindah ke Johor Baharu negeri tanah tumpah darah ku (cehhh wah macam lagu negaraku plak)...
Aku ke Melaka hari ini adalah kerana menghantar anakku yang kedua( Lynn atau adik panggilan di rumah), untuk daftar masuk semula ke Politeknik Melimau....diam tak diam dah sem 6 rupanya anakku belajar di Politeknik ini...sekejap je masa berlalu begitu pantas sekali waktu berlari....yer la umur ku pun dah mencecah keangka 4...rasa macam masih muda lagi (wawawa...gelak besar plak.... yer la hati mahu sentiasa muda tu la petua awet muda namanya).... tapi bila lihat anak-anak dah besar terasa juga usia itu dah mula berlari meninggalkan ku tanpa mengira waktu....
Kami sekeluarga sampai di Melaka kira-kira pukul 9pagi....sepatutnya kami sekeluarga dah sampai awal lagi tapi dipertengahan jalan perut kami semua dah membunyikan alunan lagu keroncong yang merayu-rayu (bukan mendayu-dayu tapi merayu-rayu minta diisikan) kerana itu terpaksa la perjalanan diberhentikan sementara waktu.....
Perjalanan diteruskan hingga lah sampai ke destinasinya....dalam menunggu anakku (Lynn) pergi daftar masuk hubby ku sibuk ke Pejabat Politeknik untuk bertanya sesuatu....rupa-rupanya dia bertanyakan tentang tender-tender di Politeknik....(dalam bercuti pun masih lagi nak memikirkan tentang kerja) ''sambil menyelam minum air''.......
Setelah settel semuanya hantar lynn ke rumah sewanya....mulalah operasi mengumbah barang-barang dari bonet kereta dilakukan nasib lah barang-barangnya tak banyak.....sekejap je dah settel....Kami sekeluarga berehat di rumah sewa tu ada yang tetidur rupanya...(driver berehat kepenatan hingga tertido) sampai waktu sembahyang hubby ku bangun untuk ke masjid bersembahyang jumaat.....
Sebelum berangkat pulang ke istana (mcm raja plak) gurau je....aku berpesan apa yang patut ngan lynn agar belajar bersungguh-sungguh untuk semester 6 ni...harap anakku berjaya menghabiskan studynya dengan cemerlang..."itu saja yang dapat mak dan ayah lakukan agar adik berjaya dan berjasa pada keluarga bila dah berjaya satu hari nanti...ingat pesan mak dan ayah ".....''Good Luck My Sweet Princess we always love you" semuga menjadi anak yang berjaya dan harapan keluarga.....sedih plak rasanya meninggalkan anakku itu...:(
Kami mula bergerak pulang dalam pukul 2.30 ptg dan akan ke satu destinasi lagi iaitu ke kampung bakal besanku (Sg.Abong,Muar).....Sebenarnya bakal besanku tu tinggal di Klang kerana cucunya bersunat di kampung maka dia ada di kampung dan akan mengadakan kenduri kesyukuran di kampung halamannya....gitu la citenya.....tapi aku tak dapat hadir pada hari kenduri tu kerana ada hal yang lain plak.....jadi dah terlanjur hantar anakku ke Melaka dan dalam perjalanan pulang ke JB kami pun singgah la sekejap di kampungnya....
Sampai di sana bakal besanku sudah menunggu kami....Kami dihidangkan dengan makanan tengahari di sana (siap hidang makan lagi malu tapi mahu sebenarnya memang tengah lapar waktu tu) ...Alhamdullilah perut pun dah kenyang terimakasih la pada bakal besanku kerana menyediakan makanan tengahari buat kami sekeluarga....
Setelah selesai berbual apa yang patut kami sekeluarga memohon mengundurkan diri...jam 4 ptg kami bertolak dari Muar ke JB dan sampai ke destinasi jam 7.30 mlm.....
Alhamdullilah selamat sampai akhirnya....