Semalam cuti Awal Muharram jadi kami sekeluarga (tanpa anakku yang ke 2)keluar berjalan-jalan org kata "window shopping"saja je nak merehatkan minda sebab time cuti macam ni mesti berbagai-bagai gelagat manusia dapat kita lihat...
Dah terlanjur ke Aeon  tu anakku yang sulung ke kaunter pembayaran untuk bertanyakan 
baki pembayaran loan peribadinya....
Kaunter pembayaran Aeon memang lengang ketika itu tak ramai pelanggan pun tapi kena
juga la ambil no giliran....Bila nak amil no je time tu la mesin tu buat hal...(rosak plak mesin ni)....
anakku terus memberitahu pekerja Aeon kat situ bahawa mesin nombor giliran tu rosak,
sekejap tu datanglah seseorang membetulkan mesin tersebut...(nape la time kita nak guna time tu plak mesin ni buat hal)...pekerja tu hanya tersenyum je....
Nasib la waktu tu tak ramai orang sekejap je nombor giliran dah dipanggil...bermula la sesi
pertanyaan antara pegawai aeon dan anakku tu..... nasib la pegawai Aeon tu melayan anakku dengan 
penuh mesra ,macam ni la bagus layanan mesra dari pegawai Aeon,harap akan dikekalkan terus layanan mesra begitu selamanya,kekadang ada juga kaunter yang kurang memuaskan hati kita...
sekejap je segala urusan dapat dijalankan dengan sempurna.....
Kami terus berjalan di dalam shopping mall tu sambil melihat gelagat manusia yang ada
disitu...
Sampai di satu tempat barang-barang elektrik aku terus ke bahagian yang mempamerkan peti sejuk,terasa nak ganti peti sejuk kat rumah tu rasanya dah lama betul peti sejuk tu, usianya pun sama dengan usia anak sulungku (23 th)...belek punya belek terpandang satu peti sejuk yang menarik perhatianku...rasa nak beli je masa tu juga, tapi memikirkan datang tadi hanya nak pergi window shopping hasratku dibatalkan....
 terasa juga dihati sebab keinganan nak menggantikan peti sejuk lama tu tak kesampaian....tapi ...tanya punya tanya discuss punya discuss akhirnya kami sekeluarga bersetuju untuk membeli peti sejuk tu dengan cara bayaran ansuran bulanan menggunakan kad express aeon along (anakku yang sulung)....yahoooo!!!!!dapat juga aku membeli peti sejuk baru yang aku idam-idamkan ...thanks along sebab tolong belikan peti sejuk baru untuk mak......
Ini namanya bukan "Window Shopping" lagi tapi dah jadi "shopping" terus.....
masalahnya pihak aeon tak dapat hantar awal sebab tak ada stok oleh sebab tu terpaksalah tunggu dalam masa 2 minggu baru boleh dapat peti sejuk baruku itu.....
 kene lah sabar yer....hehehe.....

 mesin nombor giliran yang rosak


                                        kaunter pembayaran dan pertanyaan


 layanan mesra pekerja Aeon



 tempat menunggu yang menarik



inilah peti sejuk yang berjaya dibeli
=



-entri kedua aku pada hari yang sama-
Setelah siap bayar apa yang patut aku dengan family terus plak berjalan ke ruang legar 
Aeon Bukit Indah tu....sampai di situ terdapat satu pokok krismas yang amat menarik perhatianku....ye lah sekarang dah masuk bulan Disember pastinya penganut agama Kristian akan menyambut perayaan Hari krismas....oleh itu banyaklah pokok krismas menghiasi seluruh ruang legar dan kedai-kedai sekitarnya,ada yang meletakkan pokok krismas itu dihadapan kedai masing-masing amat menarik sekali...
tapi yang amat membanggakan aku pokok krismas besar tu dibuat daripada botol-botol plastik
yang telah digunakan(recycle bottle)...sungguh kretif sekali dan pokok krismas itu juga telah diiktiraf sebagai pokok krismas terbesar menggunakan botol plastik "The Malaysian Book of Records"




''The Malaysia Book Of Record"



 "The Tallest Christmast Tree Made Of Recycle Bottles"





"recycle campaign"