Setiap orang mungkin, telah atau akan mengalami situasi yang amat menyedihkan seperti patah hati atau kecewa ini,oleh itu di sini bolehlah kita kongsi bersama-sama makanan yang boleh merawat kita waktu kita didalam keadaan yang kecewa.
Kecewa sehingga tidak lalu makan bukanlah sesuatu yang baik,tapi demi menyenangkan hati sendiri,makan tanpa henti juga bukan satu tindakan yang bijak.Terlalu mengikut perasan,akhirnya diri kita yang susah.Tubuh semakin kurus atau mungkin semakin berisi,minda tidak fokus,badan tidak bermaya dan hati tetap tidak tenteram hanya menambahkan lagi kesengsaraan diri.
Walaupun tidak ada kajian yang menyatakan atau membuktikan makanan dapat membantu mengatasi masalah ini,tetapi yang pastinya ramai yang mencari makanan kesukaan ketika berasa susah hati.Makanan kesukaan biasanya bukanlah makanan yang menyihatkan tetapi makanan yang akan menambahkan berat badan,jikalau hal seperti ini berlaku ia perlulah di
beri perhatian yang serius.
Makanan yang berkalori tinggi memang patut kita elakkan ianya akan menambahkan lemak tubuh dan ambillah tindakan yang perlu kita elakkan.Makanan seperti ais-krim,kerepek,coklat dan sebagainya hanya akan memberikan kita rasa tenang dan gembira hanya untuk seketika sahaja.Lebih baik disaat kita bersedih,kecewa dan patah hati kita cuba membuat sesuatu yang bertenaga,bersedia untuk menjalani diet sihat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan kita seterusnya.
Jangan kita terlalu mengikutkan perasan kecewa tu,kita haruslah lebih bersemangat lagi,bangun dan motivasikan diri kita dengan sebaik-baiknya.Berikut beberapa jenis makanan sihat yang kaya gizi yang membuat tubuh badan berasa lebih senang walaupun sedang patah hati atau kecewa.
- Sup sayur - semangkuk sup sayur yang hangat dengan sayur-sayuran akan membuat tubuh lebih nyaman,relax dan pastinya lebih sihat.Campurkanlah pelbagai jenis sayuran,terutamanya sayuran yang berwarna-warni agar hidangan kita nampak lebih menarik dan lebih berselera untuk menikmatinya.
- Coklat buatan sendiri - Mungkin anda tahu cara untuk membuat coklat sendiri, oleh itu cubalah ambil masa untuk membuat coklat hangat sendiri.Tuangkan ke dalam cawan berisi susu rendah lemak dan pastikan anda memilih coklat gelap atau pekat supaya dapat memenuhi keperluan protien dan kalsium anda sambil dapat menenangkan hati dan dapat mengalihkan perhatian anda.
- Yogurt - Berbanding aiskrim,pilihlah yogurt untuk membantu memulihkan perasaan sedih yang anda alami.Pilih yogurt yang rendah lemak kerana ia dapat membantu melancarkan pencernaan tubuh dan menjadi sumber zat kalsium yang lain.Lagipun anda tidak akan merasa bersalah setelah anda makan yogurt berbanding makan aiskrim yang terkenal dengan tinggi kalorinya.
- Buah beri - Belilah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak dan jadikan stok didalam peti sejuk anda.Potong kecil-kecil dan jadikan salad untuk anda nikmati di saat anda patah hati atau kecewa sambil menonton televisyen misalnya.Anda boleh juga menikmati hidangan ringan yang menyihatkan ini daripada makan makanan yang kurang menyihatkan.
sup sayur
coklat panas
0 Comments
Post a Comment