Hari ini aku nak berkongsi entri dengan anda semua mengenai betapa pentingnya wang atau duit dalam hidup seharian kita.Adakah wang boleh membeli segala-galanya atau
benarkah wang menjadi punca atas segala-galanya????!!!!!Jawapannya entah lah...
"tepuk dada tanya selera"
persoalan itu sering berlegar-legar di fikiranku tapi bila kita fikirkan betul-betul semua  masalah akan selesai juga bila adanya duit atau wang ditangan.... kenapa ek????
segala semua persoalan tu aku masih tak tahu jawapannya samaada ya atau pun tak...
tapi melihatkan keadaan sekarang dan semasa aku rasa jawapannya pasti ramai yang akan menjawap "ya"...bukan apa kehidupan kita sekarang semuanya memerlukan wang atau duit....
tanpa wang segala-galanya menjadi amat tak sempurna sekali....
Besar sungguh kuasa (power) wang sekarang ni ,bila tiada wang atau duit  di tangan orang akan memandang kita seperti sampah je....(tak pandang sebelah mata pun) semua akan mulai menjauhkan diri daripada kita,begitu lah besarnya kuasa wang atau duit ni...
 disebabkan wang juga ada yang bercerai-berai,rumahtangga runtuh,boleh putus saudara,boleh melupakan ibubapa itu semua adalah demi kepentingan sendiri.....
Taraf kehidupan di bandar besar ini semuanya memang agak mencabar, semuanya  memerlukan wang hinggakan nak ke tandas awam pun dikenakan cas 20 sen...dunia oh dunia apa-apa pun boleh jadi.....
Duit juga boleh membuat seseorang lupa diri ada yang sanggup menyeleweng duit syarikat untuk kegunaan sendiri, menerima rasuah dan macam-macam lagi lah pendek kata janganlah kita terlalu taksub dan ghairah bila wang yang banyak berada di hadapan mata....
Kita haruslah sedar yang duit bukanlah segala-galanya tapi hidup harus memerlukan wang janganlah kita terlalu menjadi hamba wang....
Semua negara di dunia ini masing-masing memerlukan wang, tanpa wang sesebuah negara akan mundur dan tidak maju dari segala aspek.....setiap negara diseluruh dunia ada mempunyai matawang mereka sendiri seperti
  • Malaysia - ringgit Malaysia
  • Indonesia - rupiah
  • India - Rupi
  • Thailand - Bhat
  • Filipina - Peso
  • Singapura - Dollar Singapura
  • Usa - Dollar
Marilah kita sama-sama fikirkan apa punca yang sebenarnya, kenapalah manusia di dunia ini memerlukan wang untuk kehidupan seharian.Duit sememang adalah satu cara untuk kita
membina negara dan rumahtangga yang aman dan damai....
untuk keamanan negara wang juga diperlukan misalnya untuk membeli semua peralatan kelengkapan untuk tentera,untuk pejabat-pejabat kerajaan, untuk kos baikpulih bangunan,untuk gaji kakitangan kerajaan itu semua perlu menggunakan dana atau wang yang banyak....
 Dengan kata yang senang semua manusia di dunia ini memerlukan wang untuk kegunaan harian di dalam hidup ini,
oleh itu wang adalah amat perlu di dalam hidup ini tapi kenalah bersederhana dan berhati-hati didalam menggunakan wang....oleh itu dalam mencari wang kita kenalah beringat-ingat selalu bahawa harta didunia adalah sementara saja dan ia tidak akan dibawa ke akhirat oleh itu ingatlah...
"Wang bukanlah segala-galanya di dalam hidup ini tapi kita hidup memerlukan wang
 dan hiduplah didalam kesederhanan di dunia ini adalah lebih baik"



 mata wang Malaysia RM






 matawang malaysia RM





 matawang India Rupi





 matawang USA dollar Amerika





   matawang Thailand Bhat





 matawang Singapura Dollar Singapore






  matawang Filipina Peso