Bila tengok je suratkhabar ini teringat aku iklan kat tv...yang ada asap dan bila nampak je tunjuk jari dan pas tu geleng kepala 'katakan tidak'....
Bila kita fikirkan merokok ni memang lah satu gejala yang tidak sihat tapi nak buat macamana semua orang di dunia ini menghisap rokok,walau macamana mahal pun harga
rokok tu tapi masih ada lagi yang tidak mahu berhenti dari menghisap rokok ni.
 Mengikut kajian yang aku baca ini setiap hari,
hampir 10,000 orang mati di seluruh dunia akibat penggunaan tembakau.Lima puluh peratus daripada kematian yang sia-sia ini kini berlaku kepada orang pertengahan umur (35 hingga 69 tahun)yang kerugian kira-kira 22
 tahun jangka hidup biasa mereka.Merokok dikenali pasti sebagai penyebab utama kematian akibat beberapa penyakit seperti paru-paru,
penyakit jantung serta penyakit paru-paru kronik.Kebergantungan kepada nikotin menyebabkan usaha menghentikan tabiat merokok sangat sukar dilakukan.Malah,ia salah satu penyebab utama ramai perokok tidak berjaya untuk menghentikan tabiat itu.




 Apabila perokok menyedut asap daripada asap rokok,
nikotin mencapai bahagian otak dalam tempoh beberapa saat saja dan mengikatnya pada penerima nikotin yang mengaktifkan laluan ganjaran dalam litar otak.
Perokok kemudian akan menjadi lali atau biasa dalam sistem mereka manakala pengurangan tahap nikotin ini mengakibatkan rasa mengidam terhadap nikotin serta perasaan tidak selesa.
Kebiasaan, perokok mahu berhenti tanpa menggunakan sebarang ubat,
tetapi kaedah ini kurang berjaya dan lima peratus saja yang mampu berhenti tanpa bantuan.Langkah yang perlu diambil untuk berhenti merokok antaranya mendapatkan bantuan perubatan dan sokongan daripada doktor,
ahli farmasi dan orang-orang yang disayangi.Antara ubat yang sedia ada untuk berhenti merokok termasuklah Terapi Penggantian Nikotik (NRT).NRT ini dapat membantu mengurangkan rasa ketagihan dengan membekalkan nikotin kepada tubuh anda.Ia bertindak mengurangkan pergantungan perokok kepada nikotin secara beransur-ansur.
Selain itu ada 2 jenis ubat yang oral tanpa nikotin dalam bentuk pil boleh membantu menghilangkan ketagihan merokok ini.Salah satu ubat ini boleh didapati melalui arahan doktor.Melakukan aktiviti sihat seperti bersenam,
berjogging dan merentas hutan adalah antara cara yang boleh mengalihkan ketagihan merokok.Elakkan bergaul dengan rakan-rakan yang merokok kerana ajakan rakan perokok mampu mengembalikan tabiat merokok itu.
Sentiasa mendapatkan maklumat dalam akbar atau media massa lain mengenai keburukan merokok dan insaf mengenainya.
Ingatlah insan tersayang disekeliling anda yang menyedut asap rokok anda yang boleh memudaratkan kesihatan mereka juga.Pilihan itu terletak di tangan anda,
apa-apa pun tiada yang dapat menggantikan kesihatan yang baik melainkan kita sentiasa menghindarkan perkara yang boleh memudaratkan gaya hidup dan tubuh badan kita termasuk merokok.
Oleh itu jauhilah amalan merokok ini kerana ia adalah satu amalan yang amat tidak sihat mahupun kita ataupun orang disekeliling kita.
Sudah tersiar akan amaran oleh kerajaan, merokok membahayakan kesihatan dan disetiap kotak rokok telah diletakkan gambar-gambar yang amat mengerikan tetapi masih ramai yang tidak menghiraukannya.
Budak -budak sekolah sekarang ini  yang berusia belasan tahun lagi, sudah pandai menghisap rokok cubalah kita bayangkan 10 atau 20 tahun akan datang,sudah tentu semakin ramailah yang akan mengalami berbagai-bagai lagi penyakit kronik.

Panduan:

Gejala-gejala orang yang terpaksa menyedut asap rokok orang lain berbanding orang langsung tidak merokok.
1. Lima kali lebih karbon monoksida disedut
  2.Empat kali lebih tar dan nikotin disedut
3.Empat puluh kali lebih karsinogen disedut


Rokok seperti membunuh diri kita sendiri


Jauhilah dari rokok, perokok dan asap rokok.
"HIDUP SIHAT TANPA ROKOK"