Hari ini aku nak tulis entri tentang beg tangan dan juga nak kongsi tips tentang beg tangan,sebab semalam aku ada terbaca satu aktikel kat majalah mengenai beg tangan. Ini yang aku nak kongsi pengetahuan tu kat anda semua.
Beg tangan sememangnya sinonim dengan golongan wanita.Tidak hairanlah dari remaja hinggalah ke peringkat berusia,semuanya ingin tampil bergaya menggayakan beg tangan.Apatah lagi jenamanya pula sering dijadikan perbandingan ekoran produknya pastilah lebih berkualiti. Namun dalam kamu sibuk untuk memilih beg tangan untuk keperluan diri,pernahkah kamu terfikir beg tangan yang bagaimanakah sesuai dengan bentuk tubuh kamu???
    Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa beg tangan mampu mempengaruhi penampilan dan gaya kamu.Penting untuk kamu ketahui beg tangan yang bagaimana patut kamu gayakan agar sesuai dengan bentuk tubuh kamu supaya penampilan diri tidak tenggelam.Di bawah ini saya sertakan sekali tip yang boleh kamu jadikan panduan sebelum mengambil keputusan membeli beg tangan.
Rendah dan gempal - sekiranya kamu di dalam kategori ini cuba elakkan membawa beg tangan yang besar atau tali beg yang panjang.Biarpun dapat melindungi bentuk tubuh yang gempal itu tetapi hakikatnya ia membuatkan penampilan kamu lebih pendek.Paling cantik, gayakan beg tangan yang bersaiz kecil dan terletak cantik di tubuh untuk tampak lebih tinggi.





Rendah dan kurus - Bagi yang bertubuh rendah dan kecil mereka ini seharusnya mengayakan beg tangan bersaiz kecil atau sederhana untuk menyerlahkan diri mereka.
 mereka.Sebaiknya elakkan menggunakan beg tangan yang besar kerana ia akan membuatkan diri kamu seperti budak-budak.Untuk tampil kelainan golongan ini boleh memilih beg tangan jenis sandang,ianya nampak lebih unik dan menarik,tetapi jangan sesekali silangkan tali beg  pada payu dara kerana ia akan membuat kamu nampak seolah-olah berisi. 





 



Besar bahagian atas - Jika tubuh kamu jenis yang berisi atau besar pada bahagian atas berbanding bahagian lain,pilihlah beg tangan bertali pendek supaya kamu tidak perlu menyandangnya di bahu,ini boleh membantu mengimbangi penampilan kamu.Ataupun kamu boleh pilih beg tangan bertali panjang yang jatuh antara pinggang dan pinggul sekurang-kurangnya dapat menutup sedikit kekurangan pada tubuh




Tinggi dan kurus - Untung bagi mereka yang kurus dan langsing,mereka boleh menggayakan hampir keseluruhan jenis beg tangan.'Clutch',beg sandang dan beg tangan besar sebenarnya paling cantik digayakan oleh golongan tinggi lampai ini.Elakkan menggunakan beg tangan bersaiz kecil kerana ia membuatkan kamu nampak lebih tinggi dan kurus.





Beg tangan 'Clutch' biasanya digunakan untuk majlis makan malam.Pemilihan beg tangan jenis ini sebenarnya memberikan daya tarikan kepada si pemakai.Pilih yang sedikit besar dan panjang sekiranya kamu bertubuh besar dan yang kecil molek jika kamu bertubuh kecil.






Elakkan mengepit beg tangan genggam di ketiak kecuali tubuh badan yang sederhana dan kurus.Perbuatan ini membuatkan kamu nampak lebih gempal.Sebaiknya genggam beg tangan itu dengan tangan lurus ke bawah.Jika kamu risaukan rupa perut dan pinggang,bawalah beg tangan itu rapat ke perut dengan bersahaja dan penuh anggun,secara tidak langsung ia boleh menutup dan menyorokkan perut kamu itu


Tip pilih beg tangan 


Pastikan kepentingan atau keperluan untuk memakai beg tangan itu.Setiap beg tangan mempunyai ciri-ciri tertentu,sama ada untuk ke pejabat,majlis makan malam dan santai.Contonya beg tangan ke pejabat mestilah daripada bahan yang kuat dan tebal.
        Bagi kamu yang mempunyai banyak barang,kamu boleh pilih beg tangan jenis berpoket.Namun harus diingat perlu penutup yang kuat dan selamat supaya beg tangan kamu tidak menampakkan 'isinya' atau barang tidak tercicir keluar.
        Paling penting beg tangan itu dapat diangkat dan dipegang dengan selesa supaya
penampilan tidak terganggu.
 Jangan lupa periksa juga keadaan luar dan dalam beg tangan.Bahan yang diperbuat daripada jenis nilon,wool,vinyl atau kulit lebih tahan lama.







Semuga segala info ini berguna dan dapat membantu, bila kita semua terasa ingin mendapatkan sebuah beg tangan yang baru....
 Carilah beg tangan yang bersesuai dengan citarasa dan pesonaliti kita.






IKutlah semua yang kita tahu apabila inginkan beg tangan yang sempurna....


Petua: bila kita membeli beg tangan atau kasut di dalam beg tangan atau kotak kasut tu pasti ada diletakkan dengan ubat alahan daripada kulat.Oleh itu ubat itu janganlah dibuang begitu saja kerana ubat alahan itulah yang akan menjaga beg tangan atau kasut kita itu daripada terkena alahan barangan kulit.....