22 June 2018

# syawal

MENU SIMPLE DI HARI RAYA

ASSALAMUALAIKUM...
Menu Utama Di Hari Raya | Setiap tahun inilah menu wajib yang akan dimasak di rumah mama...mulanya malas nak memasak menu raya ni sebab anak sulung mama beraya di rumah mentua di Klang, anak kedua dan bongsu semuanya kerja di hari raya...hubby la yang menguatkan suruh mama memasak juga menu untuk hari raya...akhirnya siap juga menu yang biasa dimasak untuk juadah di pagi raya...
Menu yang dah siap untuk dimakan di pagi hari raya lontong dan lodeh...menu yang lain rendang lupa nak snap gambarnya, nasi impit,sambal sotong kering dan ayam masak merah..
Mama tak buat sambal kacang tapi digantikan dengan sambal sotong kering jer..anak-anak lebih suka sambal sotong kering ni dari sambal kacang..

Ayam masak merah request dari anak-anak...rendang daging lupa pulak nak snap gambarnya...ini saja menu hari raya dari dapur mama ni...anak-anak bawa sedikit menu raya ini ke opis untuk dimakan bersama-sama teman opis yang sama-sama kena bekerja di hari raya...

p/s lepas ni fikir majlis kawin anak mama pula...

5 comments:

  1. Simple bukan sebarang simple ni :)

    ReplyDelete
  2. menu umh mertua pn lontong juga tp ngan sambal ikan bilis

    ReplyDelete
  3. Simple tak apa, janji sedap orang suka :D

    ReplyDelete
  4. sedapnya lodeh makan dengan sambal sotong tu
    JanjiKita

    ReplyDelete