JIRAN TETANGGA

Monday, May 18, 2015

Slot Akasia TV3 Dia isteri Luar Biasa

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Setelah "Hati Perempuan" tamat minggu lepas kali ini ada drama baru di slot akasia di TV3 pula...bermula petang ni bermulalah episod 1 drama "Dia isteri Luar Biasa" pula...jalan cerita yang menarik juga pada kawan-kawan yang suka bolehlah menontonnya pada petang ini...

Bila dah baca novel teringin juga nak tengok bila dah diadaptasi ke drama pula ni...mama pun baru separuh saja dapat membaca novel ni...untuk episod 1 ni dah tahu lah bagaimana watak Dewi Yusra dan Raden Amzar ni...

Dewi Yusra seorang wanita yang tidak percaya pada kaum lelaki disebabkan pengalaman masa lampau beliau dan juga kawan baiknya Eda..moto hidup Dewi Yusra dia boleh hidup tanpa lelaki lagi mudah tak berserabut..lelaki menyusahkan dan suka ambil kesempatan padanya...tapi Dewi Yusra harus mempunyai anak untuk mewarisi syarikat perniagaan Cik Nab (Nasi Ayam Bonda) miliknya...oleh itu Dewi Yusra ingin mempunyai anaknya sendiri   ...bagaimanakah caranya Dewi Yusra ingin memiliki anak dari darah dagingnya sendiri kita saksikan nanti di dalam drama ini yer..

Raden Amzar pula seorang pensyarah dan dia selalu datang makan di Restoren Nasi Ayam milik Dewi Yusra...adakah Raden Amzar bakal menjadi suami sementara Dewi Yusra atau tidak...bagaimana dan macam mana Raden Amzar berkahwin dengan Dewi Yusra nanti...oleh itu marilah kita saksikan cerita selanjutnya dalam drama ini nanti...selamat menonton yer kawan-kawan...


2 comments:

  1. jarang tengok. tapi kalau orang review tetap baca. :)

    ReplyDelete
  2. Biasa kalau drama yg diadaptasi dari novel memang best
    Cuma waktu siaran tu tak menepati jadual rumah kakak itu yg tak pernah tonton.

    ReplyDelete

DUIT TABUNG