SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Memang dah lama tak makan telur pindang ni...biasanya kalau ada kenduri kawin di Johor memang dan semestinya ada telur pindang ni...majlis kenduri kawin pun tak ada lagi jadi lebih baik buat sendiri saja la...itupun buat yang segera jer malas nak cari bahan-bahan daun-daunannya...mama gunakan rempah telur herba ini saja...mudah dan segera sebab dah biasa gunakan yang herba ni..rasanya pun lebih kurang sama dengan telur pindang yang kita rebus menggunakan daun-daunan tu...kalau kawan-kawan nak mencuba membuatnya sendiri bolehlah mencuba yer...


Anak-anak mama memang suka kalau dengar mama nak buat telur pindang herba ni..memang tak cukup kalau makan 1 biji seorang...kalau buat sendiri memang kena lebihkan telurnya sebab semua kat rumah mama ni memang suka makan telur pindang ni...bila dah teringin nak makan terpaksalah buat sendiri jer sebab ianya lebih baik...kalau nak beli sebiji dah berapa harganyakan..memang tak cukup la kalau hanya beli 2 atau 3 biji sahaja...okay la kawan-kawan jom kita tengok resepi mudahnya dibawah ni...

Bahan-bahan yang diperlukan...
telur,air 
rempah telur teh herba
garam,kicap sedikit

Cara membuatnya...
1-Basuh telur dan masukkan ke dalam periuk berisi air...kalau mama lebih senang masak dalam periuk nasi elektrik jer...
2-Masukkan garam,kicap sedikit dan rempah herbanya...rebus telur itu sehingga masak..
3-Bila telur dah masak pecahkan sedikit kulitnya supaya serap sedikit ke dalam telur itu..boleh dibuat begini bila telur pindang ini untuk makan kita sendiri...kalau telur untuk majlis tak perlu dipecahkan kulit telur tersebut biarkan saja...
4-Rebus telur pindang ini dalam masa sejam atau 2 jam...bila siap bolehlah dimakan begitu saja dan boleh dibuat sambal telur juga...selamat mencuba yer kawan-kawan...