06 December 2014

# cerita grandmama

Frame Puzzle Jatuh

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari cuti hujung minggu ni lah mama rasa lebih mudah sangat nak buat proses pembersihan dan pengalihan perabut rumah...tak ada gangguan budak kecik 2 orang tu...hari ni Awisy tak ada semalam lagi mereka sekeluarga dah balik ke kampung atoknya di Klang...tinggal la Aiman seorang hari ni tapi sekejap je ! tengahari Aiman dah balik...pagi tadi dah buat pembersihan pengalihan di bahagian ruang tamu dan ruang rehat...dah siap semuanya vakuam dan buang habuk yang bertapak di permukaan perabut...siap juga akhirnya...sekejap lagi nak buat proses pembersihan di bilik atas dan ruang membaca pulak..


Habuk-habuk kat rumah kita ni memang kena kibas selalu kalau tidak memang banyaklah dok melekat kat barangan perabut di rumah...masa sibuk nak kibas-kibas habuk kat frame tadi tiba-tiba frame puzzle ni terus jer terjatuh..Aduh ! dah banyak kerja pulak nak kena buat ni...dah la tu terpaksalah kutip semua cebisan puzzle tu dan letakkan kat tepi dulu...ada masa nanti terpaksa susunkan balik..framenya pun dah pecah terpaksalah cari lain untuk gantikkannya dengan yang baru...

 p/s cuaca sejuk mata pun mulalah mengantuk...


2 comments:

  1. besar nampak puzzle ni..good luck sambung balik ye mama..hehe

    ReplyDelete
  2. Waa berpinar juga mata nak sambung balik.

    ReplyDelete