SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila bab-bab bilik air ni memang kita perlu membersihkannya selalu...mama ni memang pantang jer tengok bilik air berdaki cepat jer nak menyentalnya..kekadang tu ada juga kotoran yang susah dan degil untuk ditanggalkan...okay hari ni mama nak kongsikan tips mudah yang selalu mama gunakan untuk mencuci dan menanggalkan kesan kotoran yang degil di bilik air...mama gunakan clorox Tesco jer sebab ianya lebih murah...mama pun nak menggunakannya selalu jadi lebih murah lebih baikkan...


1-Mama hanya gunakan clorox dan sabun serbuk/sabun basuh baju tu...

2- Ambil clorox dan sabun serbuk tu masukkan ke dalam bekas boleh sembur tu..kiranya bancuhkan bahan-bahan tu dahulu...

3- Bila dah siap goncangkan bagi sebati kemudian itu barulah disemburkan ke tempat yang degil kotorannya itu...bila dah disemburkan di keseluruhan bilik air biarkan dalam 1jam...lebih elok kita semburkan sebelum kita tidur di malam hari...sebab disebelah malam kita kurang menggunakan bilik air...bangun pagi kita boleh terus mencucinya...kalau perlu letakkan serbuk pencucinya sekali ketika mencuci...

4-Lepas tu sentallah keseluruhan bilik air kita menggunakan penyental yang biasa kita gunakan.. memang mudah tanggal daki-daki kat dinding,sinki dan lantai tu...pasti kawan-kawan akan rasa puas hati sangat dengan keberkesanannya...memang mudah dan senang sekali...

5-Kalau ada heater di dalam bilik air bolehlah disiramkan dengan air suam atau panas...setelah itu maka selesailah kerja kita mencuci bilik air yang degil dengan kotoran...

6-Bolehlah letakkan pewangi selepas itu untuk buat bilik air kita lebih terasa nyaman lagi..selamat mencuba kawan-kawan semua..

p/s senang bila ada sedikit kotoran sembur jer pasti tanggal...