15 November 2014

# resepi masakan

Resepi Air Asam Simple

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Meragam pulak tekak ni macam-macam yang diteringin nak makan kali ni pulak nak makan pucuk ubi cecah air asam...kat depan rumah ni ada beberapa batang pokok ubi boleh juga ambil dan direbus pucuknya...walaupun sedikit dapat juga menghilangkan keteringinan tekak ni...air asam dan pucuk ubi ni cik hubby yang tolong buatkan...lagi terasa sedapnya kalau orang tersayang yang tolong buatkan...makan nasi panas dengan pucuk ubi cecah air asam dan ikan goreng pun dah cukup sedap rasanya...resepi nak buat air asam tu memang senang kalau nak cuba bolehlah cuba yer...

bahan-bahannya...
cili api, belacan, air asam jawa
garam ikut rasa masinnya yer sbb belacan tu dah masin dan serbuk perasa

Cara-caranya...
1-Cili api,belacan,air asam jawa,garam sikit dan serbuk perasa dicampurkan semua...kalau rajin boleh tumbuk tapi kekadang kita nak cepat blander jer...kalau blander letak air asam ke dalam blander tu dan blander saja hingga hancur...
2-Kalau hendak ditumbuk tunggu cili hancur barulah diletakkan air asam jawa diakhirnya...kalau kacau hingga sebati dan boleh dihidangkan dengan nasi panas...selamat mencuba yer..
3-Kalau suka boleh letak bawang hiris ke dalam air asam tu dan boleh juga dimakan dengan ikan goreng atau ikan bakar...

p/s simple je lauk ku hari ini disebabkn x makan ayam masak lemak...


1 comment:

  1. tak pernah rasa..selalu pucuk ubi buat syur berkuah

    ReplyDelete