24 April 2014

# resepi masakan

Resepi : Masak Lemak Cili Api Sardin Campur Pucuk Ubi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


Dah tak tahu nak fikir menu apa yang nak dimasak hari ni..nampaknya ada setin ikan terkurung dalam almari..terus jer dapat menu apa yang patut dimasak..keluar rumah melihat pokok ubi kayu yang hubby tanam...boleh ambil pucuknya untuk dimasukkan didalam kuah lemak sardin nanti mesti sedap ! anak-anak pun suka sangat...jom kita ke dapur untuk memulakan sesi ketuk-ketuk kuali...heheee pandai jer nak ubahkan...

Bahan yang diperlukan...
1 tin sardin
pucuk ubi,santan
cili api,asam keping
bawang merah,kunyit hidup
garam n serbuk perasa

Cara-caranya...
Rebus dulu pucuk ubi kayu itu sehingga lembut...bila dah lembut toskan ketepikan dulu...ambil cili api, bawang merah dan kunyit hidup...perlu ditumbuk halus atau diblander saja...bila dah siap masukkan rencah itu ke dalam periuk letakkan santan cair dan asam keping..

Asingkan sos sardin dengan isinya...mama suka gunakan isi sardin saja..masukkan ikan sardin itu ke dalam periuk tadi...biarkan sekejap masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...

bila dah mendidih kecilkan api masukkan pula santan pekat dan pucuk ubi ke dalamnya...kacau kuah supaya santan tak mudah pecah biarkan sekejap..tutup api dan selepas itu boleh la dihidangkan bersama nasi panas dan ikan masin...selamat mencuba dan selamat menjamu selera yer kawan-kawan...

12 comments:

  1. tak pernah pulak mix sardin ngan pucuk ubi...idea ni...

    ReplyDelete
  2. Sedap nampaknya :) belum pernah masak sardin mcm ni hehe. Boleh cuba na

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.... ermmm.... nasuha suka pucuk ubi masak lemak...

    ReplyDelete
  4. selalu sardin masak kari je..boleh buat masak lemak..mcm sedap je..mcm sedapp jer..hehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya mama......sayur pucuk ubi masak lemak memang feveret Mia.....jarang2 dapat makan ni kecuali balik ke kampung...:D

    ReplyDelete
  6. bestnya masak lemak... dah lama dkna tak main masak2 kat dapur, makin dekat nak bersalin makin malas masak heheheee

    ReplyDelete
  7. lom pernah mencuba resepi ni ---- boleh copy-paste ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum delima...boleh apa salahnya cuba la mesti sedap...:)

      Delete
  8. sedapnya mama..nak sikit..

    ReplyDelete