25 April 2014

# resepi masakan

Mee Maggie Goreng Sambal Belacan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni mama nak tunjukkan satu resepi yang paling senang dan mudah sangat untuk disediakan buat sarapan pagi kita...sebabnya mama rasa dah jemu pulak makan maggie yang biasa kita sediakan tu ! oleh itu inilah caranya untuk mengubah rasa maggie itu mengikut selera kita..

nak kata mudah sangat tu tak la sebab kita kena juga menumbuk dan menyediakan bahan rencahnya...kalau yang bekerja boleh menyediakan rencahnya awal malam bila pagi just gorengkan saja...jom kita tengok resepinya yang paling mudah ni yer...

Bahan yang perlu...
mee maggie ikut suka nak buat berapa bungkus
bawang merah,cili api/cili merah(ditumbuk)
belacan(ditumbuk),sedikit minyak
garam dan serbuk perasa
daun bawang/daun sup untuk hiasan
bawang goreng untuk hiasan

Caranya...
mee maggie itu perlulah direbus dulu..bila dah kembang toskan dan tepikan dulu...ambil rencah yang sudah ditumbuk tadi dan tumiskan...biarkan rencah tu garing sekejap...jika ada yang suka sayur dan telur bolehlah dimasukkan sekali semasa menumis tu...mama tak letak pun tadi sebab stok sayur dah habis...

bila dah garing kecilkan api masukkan garam agak-agak la yer ! jangan terlebih garam sudah lah juga serbuk perasa ikut rasa...gaulkan semuanya dan masukkan mee maggi yang telah ditoskan tadi ke dalam rencah itu...gaulkan sehingga sebati dan mee maggie goreng sudah sedia dihidangkan untuk hiasan taburkan bawang goreng dan daun bawang atau daun sup...

okay kawan-kawan selamat mencuba resepi yang senang dan simple ini yer...

10 comments:

  1. terliur!!! dahla liz dkt ofis ni kak

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mama, alahaiii terliur sheila. lately ramai blogger updated resepi maggie goreng. nak buat tapi dah hujung pregnancy tak elok makan maggie pula. pendam perasaan la nampaknya. heee singgah menabung astrogempak... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehheee menyamah sikit la nanti kempunan pulak..

      Delete
  3. sedapp..boleh cube.. singgah follow sini :)

    ReplyDelete
  4. SEDAP GAK LAYAN MEGI GORENG

    ReplyDelete