SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Sebenarnya ini adalah entri minggu lepas tapi baru hari ni mama nak tuliskan dan postkan kat sini..sebenarnya pada hari Rabu lepas mama telah pergi ke preview Legoland Water Park...preview permulaan ini disediakan untuk pekerja dan ahli keluarga staff legoland dan kami telah diberikan tiket percuma untuk sesi percubaan ini...pembukaan resmi Legoland Water Park ini adalah pada hari ini 21 Oktober 2013..selepas ini pada kekawan yang teringin nak pergi dan merasa keseronokkan bermandi-manda bolehlah datang ke sini dan rasilah sendiri keseronokakannya... 


Pada mulanya ada juga terfikir nak bermandi manda di sana tapi bila dah sampai ke sini hilang semangat nak mencecahkan kaki ke air...disebabkan terlalu ramai pengunjung itu la yang membuatkan kami hilang semangat nak bermandi manda di sana...kami hanya mampu berjalan-jalan jer sambil melihat kawasan sekeliling dan sambil itu masih sempat juga la nak snap satu dua gambar semasa berada di sana....



tengokla masuk-masuk jer dah nampak keadaan disekeliling dan betapa ramainya pengunjung sedang bermandi-manda...


sempat ambil gambar jer la...nak mandi sori la punya la ramai orang kat sana...kena tunggu la bila dah lega n kurang orang boleh la datang nanti dan test sekali mandi kat sini..itupun kalau ada hati nak mandi-manda kalau tak ada hati lupakan jer...bila senang-senang nanti boleh bawa Awisy je mandi kat sini.. 


tu dia masing-masing kena tunggu giliran nak masuk kat sini...bagaimanalah pengalaman menaiki bendalah ini agaknya...macam rollercoaster juga ni mesti ngeri juga nak naik bendalah ni...



nasib baik ada tempat berlindung dari kepanasan di sini...banyak khemah-khemah macam ni disediakan di sini...siapa yang datang awal boleh ambil satu khemah sambil menunggu keluarga bermandi-manda serta berehat di dalam khemah ni..


curahan air yang besar akan berlaku jika tanki air di atas tu penuh...siapa yang suka bolehlah menunggu di bawah curahan air yang besar itu sambil bermandi-manda...



tengok la tu dalam cuaca panas-panas ni masih sempat nak berposing...Awisy pun dah kepanasan ingatkan nak celupkan kaki Awisy kat dalam kolam tu tapi memikirkan ramai sangat orang terus tak jadi...



seronok juga dapat melihat pengunjung berenang menyusuri sekeliling taman tema air ini sambil menaiki pelampung yang telah disediakan..sambil berenang dan menaiki pelampung itu mereka boleh bermain dengan kiub-kiub lego yang memang ada disediakan di situ...


di setiap kawasan di dalam Water Park ni memang terdapat ramai pekerja penyelamat...mereka akan sentiasa menjaga dan memerhatikan pengunjung yang bermandi-manda di situ...jika berlaku sesuatu pada pengunjung seperti lemas atau yang lain-lainnya merekalah yang akan menjalankan tugas untuk menyelamatkan mangsa...


pada kekawan yang teringin nak pergi ke Legoland Water Park ni boleh la datang mulai hari ini yer...kalau nak lihat harga tiket-tiket yang dijual silalah ke laman web Legoland atau tekan sini...

p/s lepas ni nak tunggu pembukaan hotel Legoland pula...