SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada Jumaat lepas berjaya juga mama dan anak-anak masuk ke Taman Tema Hello Kitty (Kitty World)di Nusajaya...seronok jugalah dapat merasai bagaimana berada di alam dunia Hello Kitty ni...bagi kanak-kanak perempuan yang meminati color warna pink memang sesuai datang ke sini memang seronok...

jom mari kita tengok gambar-gambar di tingkat pertama Hello Kitty Town...


sempat posing dulu dengan Awisy...

  
menaiki escalator ke tingkat satu


masuk ke pintu pertama pasti terpandang kawasan ini tempat untuk bergambar..bagi yang ada anak-anak perempuan pasti suka bila datang ke sini memang menarik buat gegirl la...


inilah pintu masuk tingkat pertamanya...naik escalator jer dah terpandang gambar-gambar menarik di tepi dindingnya...posing sudah semestinya bagi kami bila dah sampai sini...


ruang tamu dan ruang dapur Hello Kitty...ada piano,komputer dan juga barangan perhiasannya yang lain...apa lagi posing jer la kami anak beranak kat situ...


inilah barang-barang yang terdapat di bahagian pertama taman tema ini...di sini menempatkan semua barangan koleksi Hello Kitty...semuanya ada diletakkan di sini ruang dapur,ruang tamu,ruang bilik mandi,bilik tidur dan bilik persalinan..



sebahagian barang-barang perhiasan yang ada di situ...perhiasan untuk gegirl yang minat pinky ini...



bilik tidur Hello Kitty...sempat semuanya gegirl berposing di tepi katil Hello Kitty tu tapi ada terselit pula seorang boboy kat situ...


kebetulan pada hari kami datang itu ada pertunjukan yang disediakan dan kami sempat duduk sekali melihat persembahan itu sebentar..beberpa minit lepas tu kami pun keluar untuk ke tingkat dua pula...


p/s next n3 part 2...