SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Rasmilah sudah cloak yang telah mama buat untuk anak mama hari tu...cloak Red Riding Hood versi melayu la kononnya kalau kekawan yang tak tahu baca ini..bila dah di pakai nampak cantik juga hasilnya...tak apalah janji ada rupa Red Riding Hood malaysia sudahlah kan..


nak menyewa kostum dengan harga beratus-ratus ringgit tu kan membazir jer ! pakainya hanya sekejap jer...tapi semalam ramai juga staff Legoland yang memakai kostum-kostum yang cantik2 dan juga menarik... 


inilah antara staff2 yang mengenakan kostum pada malam tu...sebenarnya banyak lagi staff yang memakai kostum yang cantik2 tapi hanya tidak dapat mengambil gambarnya sahaja...


 majlis 1st Annual Dinner ini telah berlangsung di Persada Johor Baharu semalam...ramai juga la staff membanjiri ruang legar Persada semalam antaranya termasuklah anak mama sendiri...masing-masing dengan pakaian kostum yang berbagai rupa dan bentuknya...


bermacam-macam pakaian yang diperagakan oleh staff Legoland semalam tapi sayangnya mama tak dapat hendak mengambil gambar mereka yang berada di sana hanya beberapa keping yang dapat anak mama ambil semasa di dalam dewan itu...


inilah sebahagian gambar yang anak mama ambil semalam...hanya teman berhampiran saja yang ada dalam gambar tu...


Red Riding Hood muslimah hehehhee nama baru la tu...apa-apa pun tetap ada gambaran untuk tema malam tu Fairytales n Superhero..


makanan yang dihidangkan semalam adalah makanan berasaskan Chinese Food...ada yang sedap dan ada juga yang kurang sedapnya...


staff2 yang terpilih dalam pemilihan pakaian tercantik semalam tapi sayang anak mama tak pula mengambil gambar siapa yang telah berjaya...hadiah grand prize untuk cabutan bertuah ini adalah RM 5000,kedua RM 3000 dan ketiga adalah RM 2000...seronoknya siapa yang telah berjaya mendapat hadiah tu semalam...pakaian tercantik juga mendapat hadiah berupa wang tunai RM 3000...


inilah antara aksi-aksi staff untuk nombor cabutan bertuah...alhamdullilah ada juga rezeki anak mama malam semalam kerana no id staffnya telah berjaya dalam cabutan nombor bertuah itu semalam.. semua staff menggunakan nombor id kerja masing-masing sebagai nombor untuk cabutan bertuah tu... 


memang banyak hadiah yang disediakan oleh pihak penaja Samsung dan Apple..hadiah seperti TV samsung,mesin basuh samsung,galaxy tab2,ipad,peti ais,handphone dan macam-macam lagi dan anak mama memang teringinkan ipad tu tapi tak tahu boleh berjaya mendapatkannya atau tidak...



tapi sayangnya hadiahnya masih belum didapati semalam sebab majlis itu terpaksa disegerakan kerana kelewatan pada permulaannya... dan hadiah itu akan diperolehi di pejabat Legoland sendiri...masih tidak tahu apakah hadiahnya ! bila anak mama sudah mendapatkan hadiah itu nanti akan mama updatekan n3 nyer yer...