JIRAN TETANGGA

Wednesday, November 28, 2012

Sinopsis Drama Korea "The Great Doctor"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Drama The Great Doctor ini baru saja tamat siarannya semalam di Astro One HD..memang menarik jalan ceritanya tapi endingnya semalam macam kurang best sikit la hanya boleh buat andaian sendiri bahawa doktor tu akan hidup bersama-sama dengan panglima dari alam yang lepas tu..pada kekawan yang tidak pernah menonton cerita ini di sini mama boleh berikan sedikit sinopsis jalan ceritanya...

Cerita ini berkisar di zaman Dinasti Goryeo,terdapat seorang kstaria/pahlawan Choi Young (Lee Ming Ho) yang telah memasuki ke zaman moden untuk membawa pulang doktor dari kayangan..Pahlawan Choi Young telah di paksa untuk pergi ke pintu gerbang syurga yang terbuka untuk mencari orang yang boleh mengubatkan puteri yang telah mengalami luka di leher akibat musuh yang ingin membunuh Raja Goryeo..


Akhirnya pahlawan Choi Young berjaya memasuki pintu kayangan dan telah berjaya membawa pulang doktor Eun Soo ke dunianya..akhirnya Eun Soo(Kim Hee Sun)sampai ke Goryeo dengan paksaan pahlawan Choi Young..Eun Soo dipaksa untuk menyelamatkan tuan puteri dan akhirnya Eun Soo berjaya juga menyelamatkan tuan puteri dengan peralatan yang dibawa dari dunianya.Ratu No Gook merasa sangat terhutang budi pada Eun Soo kerana telah memulihkan luka dilehernya dan menyelamatkan nyawanya..

Banyak kejadian-kejadian berlaku ketika doktor Eun Soo berada di dunia Dinasti Goryeo..sebenarnya bangsawan Ki Cheollah yang menjadi dalang dalam semua kejadian yang berlaku di istana Raja Gongmin dan pahlawan Choi Younglah yang banyak membantu menyelamatkan Raja Gongmin dan Ratu No Gook..

Memang banyak aksi-aksi pertempuran yang berlaku ketika askar-askar pahlawan Choi Young berlawan dengan askar-askar bangsawan Ki Cheol yang ingin merampas takhta pemerintahan Raja Gongmin...apakah yang akan terjadi seterusnya...pada kekawan yang ingin mengetahu apa yang akan terjadi seterusnya bolehlah melayari laman web dramacrazy.net...


pelakon-pelakon cerita ini Kim Hee Sum dan Lee Min Ho


16 comments:

  1. adik yana layan cite nie ... smpai gaduh2 ngn somi dia. sorg nk tgk cite korea sorg nk tgk cite adam hawa ... hehheh

    ReplyDelete
  2. wow..bce sinopsis je pun dh rasa best..:) nk tgk la..hihiih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Mama

    tak sempat nak tonton....

    ReplyDelete
  4. Lee MIn Ho ensem... Rajin mama layan drama Korea.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mama, sue pun ikuti siri drama nie. mmg awesome la...cuma de part2 yang tak brp nak faham sgt...kewujudan Eun Soo tu mcm mana...hehehe

    ReplyDelete
  6. :) macam menarikk,,,.. teruja tengok kulit orang korea ni...

    ReplyDelete
  7. wahhh..sy suke tgk cite korea..tp sejak akhir2 ni x dpt tgk..intenet lmbt sgt..geneceology doctor pun best jgk..

    ReplyDelete
  8. mama pun suka ke layan movie Korea nie ? fie kalau dah mula tengok memang susah nak berhenti. Haha.

    ReplyDelete
  9. mama pn minat citer korea ye..dh lama sy xlyn drama korea..rindu plak rs..hehe

    ReplyDelete
  10. wahhhh menarikkkk je nampaknya drama ni.. ;)

    ReplyDelete
  11. lya suka heroin tu.. paling igt lakonan dia sbg gadis buta cerita sad sonata:sad love story.. try r tgk cite rtu skali... mmg meleleh r.. drama terbest & di hati lya sampai skarang

    ReplyDelete
  12. mama pun suka layan cita korea ke ??nie mesti suka kpop kan hahah

    ReplyDelete
  13. Wahh rajin ma layan cerita korea ma :))
    Na dlu ade llaaa mase tgk tv ni sejak da bekerja langsung xde mase tgk tv :c

    ReplyDelete
  14. cam best jer......tapi tak sempat nak tgk......

    ReplyDelete
  15. suke hero ni. mama tgk la cite boys over flowers. best sgt. ;)

    ReplyDelete

DUIT TABUNG