SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum semua...
Dah lama rasanya mama tak join segmen jadi kali ni mama nak menjoinkan diri dalam segmen blogger Cik May ni yer.... segmen ni berlangsung hingga 30 Disember nanti dan hadiah2nya pun amat menarik....jom2 kita join yer....



  
klik banner ni yer

Sebenarnya azam mama yang pertama pada tahun ni dah pun tercapai untuk mengadakan majlis kenduri kahwin buat anak perempuan sulung mama...majlis tu dah pun selesai dan anak mama pun dah berpindah ke Rawang sekarang kerana mengikut hasbennya.... mama mendoakan agar anak perempuan mama berbahagia bersama2 hasbennya yang tercinta...

Azam kedua adalah agar anak perempuan mama yang kedua mendapat pekerjaan sementara
menunggu jawapan dari U untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat seterusnya dan akhirnya die berjaya mendapat pekerjaan sebagai guru sementara di sebuah Tadika....

Azam ketiga mama adalah mengharapkan anak perempuan bongsu mama berjaya dalam  keputusan PMRnya..alhamdullilah semuanya dah pun tercapai untuk melihat anak-anak mama bahagia dan berjaya....