SALAM 1 MALAYSIA
Asalamualaikum semua...
Setiap manusia akan tetap melalui satu masa yang dipanggil perubahan.Setiap perubahan itu selalunya akan mengalami sedikit kekeliruan pada diri kita semua dari segi fizikal dan mentalnya.Ianya juga akan mengambil masa yang lama untuk melaluinya dan ianya akan dihadapi walaupun sukar pada permulaannya.Bagaimanakah cara yang paling baik untuk kita menghadapi saat-saat perubahan pada diri kita mahupun orang lain.
Semua perubahan itu pastinya akan membawa pada semua perkara ada yang baik dan ada juga yang kurang baiknya.Kita semua akan menghadapinya setiap hari dan ianya akan berubah sedikit demi sedikit dan hanya kita saja yang tahu bagaimana untuk menghadapi perubahan itu dan ianya bukan dalam masa yang singkat.Setiap perubahan itu tidak semestinya dapat kita lakukan dalam sekelip mata tapi ianya akan mengambil masa yang lama untuk kita menyesuaikan diri akan arus perubahan itu.
Berusahalah bersungguh-sunguh untuk melakukan perubahan itu dengan niat yang ikhlas dan
lakukannya dengan sebaik-baiknya dan sepenuh hati.Lakukannya dengan perlahan-lahan dan
kita akan melalui proses perubahan itu dengan izin Allah.Apabila kita sudah berjaya dalam proses perubahan itu kita seharusnya mengulangi perubahan itu dengan lebih sebati lagi dan
janganlah dibiarkan ianya berubah hanya untuk seketika sahaja.Moga setiap perubahan yang kita lakukan tidak menjadi sia-sia dan akan selalu di kekal dihati.
Ada 7 perkara dalam hidup kita yang tidak akan berubah
1- Jantina
Setiap manusia dijadikan Allah mahupun lelaki atau perempuan dan kita dilarang sekali
melakukan perubahan pada jantina itu adalah haram di sisi agama.Terimalah diri kita sendiri
seadanya.
2- Ibubapa
Kita mesti menghormati ibubapa kita walaupun perangai mereka buruk sekalipun tegurlah
dengan baik untuk kita melakukan perubahan sikap dan perangai mereka itu.
3- Hari Kelahiran
Sudah ditetapkan hari kelahiran kita semua oleh Allah dan kita tidak boleh mengubahnya dan
terimalah dan jangan sesekali kita menyesalinya.
4- Bentuk Fizikal
Apa yang Allah jadikan pada kita janganlah sesekali kita mengubahnya kerana dengan
melakukan perubahan pada apa telah kita miliki itu ianya akan membuat kita kelihatan aneh
dan tidak semulajadi.Allah telah menyempurnakan bentuk fizikal kita dengan sebaik-baiknya.
5- Masa Lalu
Ini juga telah ditetapkan oleh Allah dan janganlah kita menyesali keadaan kita dimasa lalu
dan hendaklah kita jadikannya sebagai pengajaran dan berdamailah dengan masa lalu demi
membina masa hadapan yang lebih sempurna.
6- Kedudukan Dalam Keluarga
Kedudukan kita dalam keluarga juga tidak boleh diubah kerana itulah kita mengikut susunan
yang sempurna dalam ahli keluarga.
7- Suku Bangsa
Jika kita dilahirkan dalam apa bangsa atau suku janganlah kita menyesalinya mahupun
Melayu.Cina, India atau Jawa.Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah
adalah cara kita berfikir dan jika berubah juga maka berubahlah cara hidup kita.
11 Comments
Assalamualaikum Mama
ReplyDeleteInsyaallah
nak berubah lebih baik pd tahun hadapan
Wassalam
weee
ReplyDeletesuke dgn info mama ni :)
sebenanye kalau nk berubah mende yg bole diubah, bole je, antara nak dgn x nak je kan mama
berhati2 dijalan raya.. kita mampu mngubahnya.. hehehe (tetibe)
ReplyDeletehehe..yang berubah jantina tu macam mana mama??hehe
ReplyDelete@atuk
ReplyDeletewaalaikumussalam atuk....InsyaAllah mudah2ah dipermudahkan semuanya...:)
@aimie amalina
ReplyDeletebetul tu mimi nak ngan x nak jer...:)
@erin moshimoshi
ReplyDeletemekacih yer...:)
@Nafisya Ismail
ReplyDeleteInsyaAllah...mekacih yer..:)
@H.J
ReplyDeleteitu dah melawan ketentuan Allah...Allah dah menjadikan die sempurna tapi masih nak tukar jantina gak...:)
berubah kpd kebaikan itu perlu kan mama ^_^
ReplyDelete@KaK LimAh Si SupiR
ReplyDeletebetul tu ...:)
Post a Comment