Thursday, June 24, 2021

SHUIB & SITI SARAH SEMAKIN BENCI SEMAKIN CINTA

 ASSALAMUALAIKUM...


SEMAKIN BENCI SEMAKIN CINTA

L/ Kekasih sekian lama kita tak bertemu

Diri ini masih setia menanti dirimu

P/ Aku juga seperti mu

Menyesali segala apa yang terjadi

L/P Bila tiba masanya nanti

Harus bersama

Sayang kau tahu hati ini

Harus ku tinggalkan 

Memori yang tercipta

L/ Sayang ku telan semua sengsara kasih

Kerana aku percaya

Aku hanya untuk mu

Chorus 

L/P Makin aku benci makin cinta

Semakin sukar untuk aku lupakan 

Tahu ku tak berdaya

Mengapa begini 

Semakin hari semakin cinta

Tak dapat ku menghalang hati ku

Tuhan tolonglah aku

Kembalikan jalan cinta kita


Monday, June 21, 2021

JRIG GEAR PENCETAKAN BAJU JERSI SUBLIMATION DAN PACKAGING

 ASSALAMUALAIKUM...

JRIG GEAR PENCETAKAN BAJU JERSI SUBLIMATION DAN PACKAGING | Kalau sebut bab baju jersi ni memang pada mulanya mama ni tak berapa nak ambil tahu tapi bila dah diperkenalkan dengan JRIG GEAR jersi sublimation ni barulah tahu serba sedikit apa yang dimaksudkan.Memang bagus sangat la rekaan jersi dari Jrig Sublimation And Packaging ni dan ianya sesuai sangat untuk dipakai bila melakukan aktiviti riadah.


JRIG Gear ini adalah salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pencetakan grafik ini sehinggalah ianya siap dicetak untuk setiap pelanggan.Dengan rekaannya yang amat menarik dan cantik, juga kualiti kain yang terbaik akan dapat kita perolehi di sini.

-Jrig juga menerima tempahan serendah 5 helai untuk custom design pilihan dari pelanggan.
-Kilang Sublimation yang mementingkan kualiti servis dan siap dalam masa yang ditetapkan.
-Pilihan Material Premium Microfiber Eyelet
-Material Berkualiti, Tahan Lasak dan Selesa Digayakan
-Menyediakan Pakej Mengikut Bajet Pelanggan


Sublimation ini adalah salah satu teknik pencetakan yang menggunakan haba untuk memindahkan imej dari kertas sublimation atau kertas inkjet.Kertas ini akan ditekap pada produk yang diinginkan dengan menggunakan mesin khas iaitu mesin tekanan haba.
Kaedah ini hanya boleh digunakan keatas produk tertentu sahaja salah satunya ialah t-shirt.
Cara ini hanya boleh dihasilkan ke atas permukaan yang mempunyai satu lapisan khas sebagai coating ia membantu imej produk tersebut,tanpa coating imej ini tidak akan dapat dicetak ke atas produk tersebut.


 Bila mula-mula memakai jersi ini,kita dah mula terasa keselesaannya.Kita boleh memilih saiz, long sleeve muslimah yang mana labuhnya melebihi dibahagian punggung berbanding t-shirt lengan panjang yang biasa.Bila nak order kita boleh memilih nak short sleeve,long sleeve or long sleeve muslimah..Material kainnya adalah dari microfibre eyelet dimana ianya tidak terlalu nipis dan juga tidak terlalu tebal.

Kelebihan jersi sublimation ini adalah ianya
-Selesa
-Mudah dijaga
-Bila dicuci cepat keringnya



Jersi Sublimation yang menarik ini jadi pilihan mama untuk dipakai pada hari-hari biasa atau pergi beriadah nanti.Ada logo JDTBlogger dilengan dan bahagian bawah t-shirt tu juga lambang JDTBlogger.

Ini pula dibahagian belakang jersi 


Pada yang ingin menempah baju t-shirt atau lain-lain bolehlah ke laman web



What App : 011-10765736

Pada yang berminat ingin menjadi agen Dropship dialu-alukan.
Hanya 20 orang sahaja untuk kawasan Skudai.
-Dropship bagi produk baju keluaran syarikat diberikan komisen RM10-RM15sehelai

Kalau berminat bolehlah menghubungi
011 1097 9736 | 011 1076 5736


Tuesday, June 15, 2021

Teleport oleh airasia Memperkukuh Laluan Utama dengan Pesawat Kargo 737-800 dan Pesawat Penumpang A320 yang ditukar kepada Karg

 ASSALAMUALAIKUM...

Teleport oleh airasia Memperkukuh Laluan Utama dengan Pesawat Kargo 737-800 dan Pesawat Penumpang A320 yang ditukar kepada Kargo

Teleport mampu dan bersedia menghantar lebih banyak kargo ke seluruh Asia.

Teleport, cabang logistik airasia digital, memperkukuh kedudukannya sebagai sebuah syarikat logistik udara utama di Asia dengan perkhidmatan pesawat kargo pertamanya jenis 737-800F dan penukaran dua (2) pesawat penumpang AirAsia jenis A320 kepada pesawat kargo, tanpa tempat duduk untuk meningkatkan kapasiti kargo.

Pesawat kargo ini akan mula beroperasi di seluruh Asia pada suku tahun ketiga (Q3) 2021 dan akan beroperasi dari hab Teleport di Bangkok. Tambahan kapasiti ini akan memperkukuh jaringan laluan antara China, India dan Asia Tenggara, serta meningkatkan lagi hubungan ke dan dari pasaran jarak jauh Teleport.

Rangkaian laluan semasa dan rangkaian laluan baru Teleport

Rangkaian laluan semasa dan rangkaian laluan baru Teleport

Kedua-dua buah pesawat udara jenis A320 tanpa tempat duduk pula akan ditempatkan di Malaysia dan Thailand. Dari hab strategiknya iaitu Bangkok dan Kuala Lumpur, Teleport akan meneruskan jadual penerbangnya ke bandar-bandar utama seperti Hanoi, Bandar Raya Ho Chi Minh, Hong Kong, Jakarta dan Yangon. Penukaran pesawat jenis A320 di Malaysia telah dilaksanakan oleh Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat milik penuh AirAsia Group Berhad, dan oleh Thai AirAsia bagi penukaran pesawat udara jenis A320 di Thailand.

Ketua Pegawai Operasi Teleport, Adrian Loretz berkata, “Kami amat berbesar hati dengan pengembangan ini yang memperkukuh lagi perkhidmatan logistik kami di seluruh Asia. Pada akhir tahun lalu, kami telah menjangka bahawa permintaan kapasiti kargo yang semakin meningkat tidak dapat dipenuhi oleh pesawat penumpang sahaja untuk jangka masa panjang. Justeru, kami mengambil keputusan untuk menggunakan pesawat kargo khas untuk tujuan tersebut. Ini juga merupakan sebahagian daripada strategi kami untuk membina kapasiti dan hubungan di laluan-laluan utama bagi menawarkan penghantaran terus kepada para pelanggan dalam masa 24 jam di seluruh Asia Tenggara.”

“Jenis pesawat yang kami gunakan amat sesuai untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri e-dagang dan kargo-kargo lain. Rancangan jangka panjang kami adalah untuk membina rangkaian yang lebih luas dengan kapasiti kargo khas ini dan kami bersedia untuk melaksanakan lebih banyak perkhidmatan penghantaran dengan pesawat kargo khas dan pesawat yang ditukar ini.”

Sejak tahun 2020, Teleport telah membangunkan rangkaian khas kargo menerusi laluan-laluan  udara utama di sekitar rantau ini untuk memenuhi permintaan industri e-dagang dan kargo secara keseluruhan. Pada bulan Mei, AirAsia telah mengendalikan enam buah pesawat udara jenis A330 dan dua pesawat udara jenis A320 bagi pihak Teleport, dan merancang untuk meningkatkan jumlahnya dalam masa setahun. Menerusi pesawat kargo khas yang disewa dan penukaran pesawat penumpang kepada kargo, Teleport bakal menjadi sebuah syarikat kargo yang lebih berdaya saing dan dipercayai untuk perkhidmatan penghantaran kargo dan memperkukuh liputan Teleport di seluruh Asia.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan pengangkutan udara Teleport, layari https://www.teleport.asia/en/air-freight atau e-mel help@teleport.asia.

***

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari airasia Digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik airasia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja - daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube