ASSALAMUALAIKUM...
KE IKEA CARI BARANG UNTUK CABUTAN BERTUAH FAMILY DAY SAMBIL BAWA CUCUNDA BERJIMBA SEKALI| Cerita minggu lepas bawa cucunda mama ni berjimba ke IKEA...kononnya nak survey saja barang kat sini tapi bila dah sampai terus beli barang-barang untuk buat cabutan bertuah masa family day pada bulan Disember nanti..cucunda grandma 3 orang ni bila dengar nak pi IKEA memang cukup seronok lagi sambil jenjalan tu dapat juga happykan die orang walaupun sekejap...
Kalau datang ke IKEA ni memang seronok kalau dapat memilih dan membeli barang yang disukai...mulalah jadi rambang mata bila nak memilihnya...bila dah dapat apa yang sepatutnya jomlah kita balik yer...
Inilah dia 3 orang cucunda comel kesayangan grandma...bila dah settel memilih mulalah kepenatan,walaupun penat tapi muka tetap happy dapat jenjalan...Darwisy pula memang pantang jumpa buku IKEA ni pasti ambik satu bawa balik..
Si kecik Darling ni memang aktif saja dari mula masuk IKEA sampailah dah nak balik asyik ada saja gelagatnya...memang tak penat langsung asyik aktif saja memanjang dia,grandma ni pun dah penat berjalan dia boleh lagi buat gelagat kat situ...

p/s bilalah nak pi toppen yang baru dibuka tu pulak...