ASSALAMUALAIKUM..
JUALAN GUDANG MYDIN KEMBALI LAGI | Allahuakbar ! lamanya tak dengar cerita dari kawan-kawan alam.maya ni...banyak perkara yang tak boleh kita jangka berlaku jadi macam-macam.masalah menyebabkan susah sangat nak update blog sekarang ni..kalau semua benda untuk kepentingan seorang blogger tak ada, memang penyakit malas tu mudah sangat melanda...macam tu la keadaan mama sekarang ni disebabkan hard disk laptop rosak, hand phone pun rosak maka susah sangat nak update blog sekarang ni terpaksa la gunakan handphone yang serba tak canggih ni...layankan juga walaupun serba kekurangan,nak digantikan memang perlukan duit maka setakat ni masih belum cukup ongkosnya, jadi biarkanlah dahulu jika dah cukup simpanannya barulah cari yang baru terus....

Nak cerita kisah yang dah lama berlalu ni, iaitu ketika jualan gudang Mydin tempohari...mulanya memang malas nak pergi ke situ bila memikirkan dah terlanjur lalu ditempat yang sama,maka sudah semestinya singgah juga walaupun tahu mesti ramai orang yang datang..jadi riki jugalah ke gudang Mydin di pagi hari...bila sampai ke petak parking memang masih belum ramai lagi yang datang maka bolehlah tumpang sekaki juga untuk beratur...kalau lambat nanti memang tak akan dapatlah kupon murah yang disediakan oleh pihak Mydin tu..
Nasib baik la datang awal jadi tak berapa panjanglah beraturnya...jenuh jugalah nak tunggu staff Mydin datang buka ruang niaga untuk jualan gudang ni...
Mama tayang dulu gambar kupon yang kami dapat tempohari...mama satu kupon hubby dapat satu kupon juga...bahana beratur lama menunggu dalam sejam berhasil juga la akhirnya...dapatlah juga beli beras 10kg dengan harga RM10 jadi dapatlah 20kg beras kali ni...
Sebelum keluar ke kaunter sempat lagi jengah-jengah lagi lihat barang apa yang dijual dengan harga yang murah...memang banyak barangan yang dijual dengan harga murah seperti baju sekolah,seluar sekolah dan semua alatan persekolahan untuk anak-anak...mana yang ada anak yang masih bersekolah memang eloklah beli ditime begini disebabkan harganya yang lebih murah dari harga yang biasa tu...
Mama beli jugalah mana yang berkenan seperti seluar slack seperti diatas ni...harga biasa RM49.90 tapi bila dah ada lelongan macam ni harganya cuma RM20 saja...maka ringan la tangan mengangkatnya...baju blouse pun ada yang murah-murah cuma RM10 saja tapi kenalah pandai-pandai pilih mana yang berkenan tu...

Kalau masa happy hour lagilah murah sebab semua barangan di lelong terus...kalau nasib baik memang dapatlah barangan yang murah harganya...tempohari ada juga diadakan happy hour dimana surah yassin dan tasbih dilelong 10buku yassin hanya RM1 saja begitu juga dengan tasbih 10tasbih harganya hanya RM1 saja....memang terujalah pada siapa-siapa yang ada pada masa tu...ada yang ambil sampai 500buku yassin untuk disedekahkan ke masjid juga tasbih...

Memang mama tak boleh nak tunggu lama-lama kat situ sebab makin lama tunggu makin banyak keluar duitnya...cukuplah apa yang dapat dibeli tu...walaupun murah tapi tetap masih baru lagi semua barangan yang dilelong tu...puas hatilah dapat beli barangan dengan harga yang murah...

P/s memang meriah jualan gudang dari Mydin ni...dapat bantu rakyat yang sederhana kehidupannya....